Jum FoLLow..

Friday 23 December 2011

Steamed Mini Apams (Repeat Order From Kak Nina for her nephew's khatan ceremony)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Ed kembali dengan tempahan terbaru dari my lovely sis (Kak Nina). Kali ni Kak Nina buat tempahan untuk anak sedara nya (iaitu anak kepada Emma) sempena majlis berkhatan yang telah diadakan pada 18 nov '11. Kali ini Ed hantar mini apam ni ke Petaing Jaya (kat LRT Universiti) atas permintaan Kak Nina sebabnya hari ahad adalah hari cuti, so tak dapat lah Ed hantar ke Bangi. Tapi Ed tak de ape2 masalah pun untuk hantar tempahan Kak Nina. Makum lah Kak Nina dah jadi one of Ed punya regular customer. Lagi pun Ed kene jaga hati setiap pelanggan kan kan kan..? hehehe..

Kak Nina buat tempahan untuk 200 pcs mini apams. Kali ni semua 200 pcs with simple dot-dot deco but with two different fillings. Kak Nina requested for 100 pcs mini apam with chocolate filling in green base and yellow polkadot. And another 100 pcs is for strawberry filling in yellow base and green polkadot.

Untuk entry kali ni...Ed ada nak tayang kan sedikit perubahan pada setiap pictures. Dimana Ed decided to show all the steps pictures.. hehehe bukan ape, saje je nak buat kelainan dari masa ke semasa.. Jadi selamat lah melihat kesemua gambar mini apam untuk Kak Nina ni yer? So, everybody just layaannnnnssssss....

 Picture 1 : Setengah adunan diisi ke dalam paper cup.

 Picture 2 : Filling chocolate di isi di tengah2 adunan tadi.

Picture 3 : Adunan telah dipenuhkan kedalam semua paper cup.
(*patut nya ada pic3!hehehe sosorry sbb Ed lupe nak snap Pict selepas adunan dipenuhkan*)hehehe...
 Picture 4 : yang ni pun sama semua dot-dot (polkadot) telah dipipe kan ke atas adunan dan sedia untuk dikukus!!

Picture 5 : Apam yang telah siap dikukus.
 Picture 6 : Mini apam yang telah siap dikukus dan disusun kedalam bekas sebelum dihantar!

 Picture 7 : Yang ni pulak untuk yellow base. Diisi 2/3 acuan paper cup.

Picture 8 : Kemudian diisi pulak dengan strawberry filling di tengah-tengah adunan tadi.

 Picture 9 : Ini dia adunan yang telah dipenuhkan selepas filling dimasukkan. Siap untuk dikukus.

Picture 10 : Rupa paras mini apam yang telah siap dikukus.

 Picture 11 : Yang ini pun sama tarrrraaaaa...mini apam yang sedang disejukkan sebelum diisi kedalam bekas.

 Picture 12 : Caaakkkkk...hehheehe ni pulak mini apams yang telah siap dimasukkan ke dalam bekas terpilih..hhehehe..

 Picture 13 : Tarrrrrrrraaaaaaaa...cantik tak kesemua mini apams yang telah di ribenkan!

Picture 14 : Yang ni pun siap diribenkan..Ready to be send to Kak Nina..
Hey kawan-kawan...dengan itu berakhir lah N3 Ed untuk kali ini!hehehhe..silalah untuk comment kat bawah ok? Ed perlukan comment2 membina anda semua! Terima kasih. Jumpa lagi di N3 yang akan datang. Sebabnya Ed dah dapat tempahan baru untuk this weekend! Happy Holiday u alls... n last but not least.. Merry Chirtmas for those who celebrate it! Happy New Year...!!! :)


~~XOXO~~HAPPY BAKING~~XOXO~~

Thursday 15 December 2011

Steamed Mini Apams (Repeat Order From Kak Nina -My Lovely Sis... :) )

Assalamualaikum semua....

Berjuta maaf Ed ucapkan kerana terlalu lama tak menggodek blog ni... Millions sorry to Kak Nina sebab order Kak Nina bulan lepas pun Ed belum upload.. Huhuhu maaf sangat-sangat ye dear.. Tak tahu kenapa Ed terasa malas yang amat nak menulis di blog ni... Tapi rasa nya sebab Ed kurang sihat sejak sebulan lepas. Macam-macam berlaku dengan diri Ed.. Nasib baik ada suami tercinta di sisi. At least ada jugak tempat untuk Ed mengadu sakit demam kan?hehehhe.. Thank you so lots sayang (dearie Abang). Jangan mare..Ed buat iklan jap!hehehhe..

Tapi Alhamdulillah pagi ni Ed gagah kan jugak untuk update blog kesayangan Ed ni. Kali ni Ed akan upload order dari Kak Nina. Mini apam jugak but this time for her cousin's wedding at Perak. Kata Kak Nina cousin ni sebelah arwah abah Kak Nina. Kak Nina order for 250 pcs mini apam. Which is 150 mini apam with swirl deco in purple color with swirl pink (chocolate fillings). And the other 100 pcs is for simple dot-dot with strawberry fillings also in pink and purple dot.

Ed berbesar hati sangat sebab Kak Nina bagi kepercayaan pada Ed dengan buat tempahan ni. Thanks dear sis... :)

Kat bawah ni Ed tayangkan gambar2 mini apam Kak Nina yang sedap!!! hehehhe puji diri sendiri...hahahha tapi comment dari customers Ed memang tak pernah mengecewakan. Alhamdulillah.. please order again and agian okey? hehehehe...  LAYANZ............

Mini apam with chocolate fillings...

 Haaa..yang i Ed tayang rupe paras dalaman mini apam ni.. selalunya luaran je ditayangkan. So, kawan-kawan bole la tengok sendiri macam mana rupe nya apam ni kat dalam. So, fillings ni akan duduk kat tengah-tengah apam kita tau.. mmm rupe cantik!rasa pun pasti sedap!!!!hehehe..


 2 pics above : 150 pcs Chocolate fillings Mini apam  with swirl deco in purple base and pink as a swirl.

 This is 100 pcs Strawberry fillings mini apam with pink as a base and purple as a polkadot.

These are the packaging looks like... Ed hiaskan dengan reben sebab apam ni nak di bawa ke kenduri kawen.. so, biar la nampak cantik sket kan...hehehehehe.. alhamdulillah Kak Nina was so really happy with my presentations... 

So, itu sahaja lah coretan masak-masak Ed untuk kali ni okey? Actually Ed dah dapat new order!hehehehe...suke sangat! So, kalau rakan-rakan semua nak tahu ape kah order yang Ed dapat...TUNGGGGGGGGGGUUUUUUUUUUUUU for the next entry ok?

See you....!! llots of love from Ed..

XOXO-----happy baking-----XOXO

Friday 18 November 2011

Steamed Mini Apams (Repeat order from Kak Nina -17/11/11)

Salam semua...

Selasa pagi Ed dapat sms dari Kak Nina. I'm so excited sebab Kak Nina buat order untuk apam lagi. Kali nie for her second daughter (Daryn). Ed memang suke sangat!. Tak tahu macam mana nak expresskan..hehehe..Teruja sebab dapat positif feedback dari customer merangkap rakan-rakan...alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.

Last Friday Ed ada sms Kak Nina nak tahu feed back pasal apam 100pcs yang Kak Nina order on 10/11/11. Kata Kak Nina '2 thumbs up for both!!!!'. both tu maksudnya untuk apam dan tart nena..Tart tu Ed bagi as a present for Kak Nina. Satu balang tart ada lebih dari tempahan untuk Raya Haji. Extra untuk Ed (untuk makan harian) dah ada so dari membazir Ed bagi la tuk Kak Nina.

Ok, berbalik pada order Kak Nina, 100pcs mini apam with chocolate filling dengan swirl dan simple dot-dot. Kat bawah ni Ed tunjukkan rupa mini apam with chocolate filling. Sebab entry sebelum ni Ed tak masukkan rupa wajah dalaman apam..hehehhe bukan ape, lupe nak snap! Alang-alang dah ingat, so..inilah rupa parasnya..hehehhe..
Mini apam with chocolate filling.

hehehee..gambar ni lak terover flash!!!so, layan gambar kat bawah yang tak berapa nak ada flash yer...hahhhaaa..
haaa...ok tak yang nie?

Ni pulak Ed tayang kan gambar sume apam-apam Kak Nina yer..hehhee layaannnnnn...


Haaaa...tiga-tiga gambar ni adalah mini apam with swirl deco..50pcs..

maaf la yer kawan2 pics kali ni memang sumenya ter over flash...huhu ntah mana yang silap. Ni mesti budak Adam menggodek setting kamera!huhu almaklum sekarang ni dia makin rajin nak snap gambar!hehhehe proses pembelajaran..


 So yang last ni adalah mini apam with simple dot-dot deco. pic yang bawah tu Ed buat alphabet mini apam..saje buat untuk PUTERI dan DARYN... nampak tak deco tu?hehhehe..

Ok kawan-kawan..entry untuk kali ni dah tamat...hehehe Ed harapkan comment dari rakan-rakan semua..hehehe nantikan Ed dengan N3 seterusnya...bye!!!

~~~~HAPPY BAKING~~~



Sunday 13 November 2011

Steamed Mini Apams (Orer from Kak Nina-10 Nov 2011)

Assalamualaikum semua....
Alhamdulillah ada lagi kawan-kawan yang berminat untuk membuat tempahan apam. Ed bersyukur kerana rakan-rakan tidak putus-putus membuat tempahan dari Homemade Deli Treats. Alhamdulillah dengan ini Ed sekurang-kurangnya tahu bahawa semua customers Ed berpuas hati dengan setiap treats yang Ed sediakan. Alhamdulillah.....Malah ada yang membuat repeat orders. Million thanks to all of you lovely friends.

Kali ni tempahan Ed terima dari Kak Nina, my lovely sis. I love u loads dear sis!So surprise bila dapat sms dari Kak Nina..Katanya dia baru tahu yang Ed ada blog and run a business! "How bad I am" kata Kak Nina sebab tak tahu yang Ed dah run new business. Antara kata-kata Kak Nina yang Ed xdapat lupa sehingga hari ini adalah (sekadar ingin berkongsi dengan semua rakan-rakan terhadap komen-komen positif yang Ed terima): "I'm so proud of you dear, and dont stop doing this". Terima kasih sangat-sangat buat Kak Nina dengan semangat yang diberikan untuk Ed. Insya Allah Ed tidak akan berhenti malahan Ed akan sentiasa berusaha mudah-mudahan Ed dapat kembangkan lagi perniagaan kecil Ed ini. Ed mohon doa-doa dari rakan-rakan sekalian. :)

Ok,banyak pulak Ed melalut!hehehe...berbalik kepada tempahan dari Kak Nina..... Di bawah Ed kongsikan gambar-gambar mini apam yang Ed sediakan untuk Kak Nina. Kata Kak Nina apam ni for her daughter, Puteri for her class party. Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Party was held on 11 Nov 2011. But the orders Ed delivered on 10 Nov 2011. Sebabnya rumah Kak Nina kat TTDI, jauh sangat nak hantar.hehehe..nasib baik office Kak Nina kat area Bangi je..so Ed hantar je la petang 10 Nov. Kak Nina order 100pcs apam. 50pcs apam swirl with chocolate filling. And another 50pcs apam simple dot-dot with chocolate filling. Nie la rupe apam-apam tu semua! Enjoy it dearies.....hehhehe..



 50pcs swirl apams with chocolate filling and vibrant colors.




Another 50pcs mini simple dot-dot apams with chocolate filling in vibrant colors.

So..that's it! cantik tak the patterns and colors????!hehehhehe..alhamdulillah Kak Nina suke dan berpuas hati..Katanya more orders will be coming!!!!! Thanks load dear Kak Nina...I love u!!!!!muaaaahhhsssssss...

Tuesday 8 November 2011

Chocolate Ball

Chocolate ba ni Ed buat special for my little son.. chocolate ball ni tak jauh beza dengan almond london..bezanya cuma chocolate ball takde almond nut kat tengah-tengah. chocolate ball kosong tanpa ape-ape isi.. sebabnya dearie Adam tak suke sebarang kacang or anything yang di isi dalam biskut. So, Ed terpaksa la buat biskut ni untuk Adam je..


 Itu lah rupanya choco ball little Adam..hehhee tapi yang frust nya Ed bukan main letak sugar sprinkles nak bagi menarik dan canti...tapi hampeh! Adam still tak makan...huhuhu terpaksa lah mama kene buang sprinkles tu lau Adam nak makan..So, next time choco ball ni tak boleh letak ape2 as decoration!kosong pun tak pe as long as Adam makan..heheheehe.

Also open for ordering ok? TQ... ~~~XOXOXOXO~~

Biskut Dahlia (tepung jagung)

Biskut ni Ed buat untuk diri sendiri makan!hehehhe..bukan ape, lama tak makan biskut dahlia version tepung jagung. Last makan rasenya tiga tahun lepas... Jadi, Ed kautkan jugak semangat untuk buat biskut nie..huhuhu...alhamdulillah berjaya jugak!hehehe.. ni la rupenya biskut idaman hati..hehehhe..

 Rupa mereka sebelum masuk dalam oven...comelkan?hehehe..

Nie pulak setelah dikeluarkan dari oven..dibiarkan sejuk seketika sebelum di ngap!!!

Biskut ni jugak dibuka untuk tempahan walaupun nama biskut nie takde dalam senarai Treats okey?So, sesiapa yang teringin nak rasa biskut ni sila lah order okey?hehhehe...

Tempahan Raya Haji

Salam Aidiladha semua...
Macam mana dengan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun nie?Sama tak dengan sambutan Hari Raya Puasa? Yang Ed tahu kalau sambutan di belah pantai timur memang meriah...kadang tue kalah sambutan raya puasa. Tapi yang sedihnya tahun ni Ed tak dapat balik beraya di Kelantan. Sebabnya dearie hubby tak dapat nak cuti kerana kekurangan staff. Tahun ni kali ke-2 Ed beraya di Kajang. Setakat ni alhamdulillah boleh dikatakan seronok jugak walaupun tak semeriah beraya di kampung sendiri.

Ed ucapkan tahniah kepada semua kawan-kawan yang telah berkorban. Moga pengorbanan yang diberikan pada tahun ini mendapat keredhaan serta keberkatan dari Ilahi...Amin. Kepada yang memang "alergik" ngan daging lembu jangan la makan banyak2 yew?nanti lain jadinya..hehehe..walaupun berkorban, jangan la pulak korbankan kesihatan kawan-kawan semua ye... ok lah..banyak lak bercerita..Ed sebenarnya nak masukkan n3 baru tuk raya hai ni...

Pinenapple Roll Tart

Order from Zima, Kak Yah & Eina.
Hehe...ni tart nanas tau...so sorry sebab memang tak sempat nak amik gambar biskut sebelum buat packaging..sebenarnya Ed rush buat biskut kali ni..Hari jumaat baru Ed start buat..nak kejar sebelum ahad kataan..Nasib baik sempat siap semua order...alhamdulillah..
Tapi kalau kawan-kawan nak tengok rupe biskut tart ni sebelum masak boleh...silalah tengok entry Ed sebelum ni ye?Maaf sangat2 disebabkan ketidak sempatan ini... hehehe... peace!!!

Almond London











 Rupenya almond london setelah dicelup kedalam coklat. So, kene biarkan coklat sejuk terlebih dahulu sebelum diisi kedalam bekas.

Monday 31 October 2011

Mini Apam

Swirl..

 Blueberry....
 Simple dot dot....
 Strawberry...

 Raspberry....

 Oranges....

 Fruities...

 All of them....

An extra for my mom in law...


Ni apam fruities namanya..hehehhe...yang ni order dari Iena apam mini 50pcs with blueberry filling. Yang ni Ed buat lain sket kan?biasa Ed buat polkadot, swirl, glaze, ngan simple deco je..kali ni ada kelainan sket sbb Ed buat fruities apam...heheehhe cantek tak?(oopsss...nak terlebih la nie ngeh ngeh ngeh...)...

Sila lah menjamu mata ye kawan2..kalau dah terliur tengk mesti kene order!huhuhu.. :)