Jum FoLLow..

Monday 30 January 2012

Steamed Mini Apams

Hi dearies...
Ed dapat lagi tempahan dari Kak Nina tersayang. She requested for 100pcs polkadot mini apams. Those with white base and purple polkadot, purple base with white polkadots, red base with blue polkadots and blue base with red polkadots.. All 100pcs comes with chocolate fillings.

This orders was actually for her nephew's birthday that i guess was held on last Saturday. Here are those pictures.. Enjoy ya?...

 Taaaraa... 2 pics kat atas tu la rupe apams untuk Kak Nina.. lawa tak?(PASAN!!)

Dah tutup macam ni la rupa diaorang sume...tapi Ed xsempat nak snap pics yang dah direbenkan..huhu

huhuuhhu..gambar untuk entry kali ni tak berapa memuaskan hati Ed sebabnya tak sempat nak snap gambar step by step.. Ed terkejar-kejar sebenarnya... Nak siapkan order lagi, nak ke hospital lagi...dengan dak Adam dan Aisya yang bukan main susah nak suh bersiap cepat..huhuuu..so sorry ya dear sis? hehhehe.. len kali Ed make sure amik setiap pics ok? :)

Chocolate Marble Banana Cake

Hi guys.. idea nak buat kek ni pun asalnya sebab pisang kat rumah yang banyak..tak termakan. Pisang ni yang Pakcik and my Poksu yang beli.. Kisahnya diaorang sume datang nak tengok my cousin Farhan Ismail ( Hans Ismail in Facebook , Paan nama cute..hehehe ) yang warded at Putrajaya Hospital since 22 January 2012 caused of excident. Hmm memang kesian tengok dia..pape pun kepada saudara-saudara seislam marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan serta kesembuhan buat sepupu Ed ni.. Amin..Insya Allah..

Okey..kembali kepada entry kali nie.. Ed buat kek ni pun dah lama sebenarnya.. dalam 4 5 hari lepas..tapi seperti biasa lah perasaan nak upload entry membuak-buak setiap kali Ed bake kukis ke kek ke kan? al maklum alang-alang dah ada blog ni bole la nak tayang pada kawan-kawan semua..hehehhe bukan blog orang lain pun kan...? hihihihi.

Ed sebenarnya saje je nak buat kek marble version kek pisang.. Sebabnya N3 lepas Ed dah masukkan kek pisang tradisional kita kan? Fikir-fikir tak salah kalau buat marble cake tapi masuk kan pisang skali kan?hehhehe.. cara nak buat kek ni pun tak berapa susah..step yang sangat senang untuk disiapkan. Moh kita tengok gambar-ganbar kek ni yer?

Baru keluar oven..boleh tengok rupa permukaan nye kan?sangat lembut!hehehe..
 Yang ni plak setelah dipotong.. tapi pic ni a bit blur.. xtahu lak kenape..then tak perasan lak jadi cam  ni time snap!! huuhu..solly.

 Yang dua-dua nih la rupa paras sebenar kek ni..cantik tak?hehehhe..perasan lak tuan bandan ni kan?hihii..

p/s: marble chocolate banana cake ni memang sedap! hubby 1st try pun dah cakap sedap!!! Adam pulak tak payah cakap lah.. satu loyang tu kalau boleh nak makan dia sorang jer..huhuuhu.. sedaaappppppppp katanya..hehehhe Alhamdulillah kenyang anak mama asyik makan cake and biscuits mama..

Banana Cake

Sebenarnya dah lama buat kek pisang nih..hehhee almost 2 weeks ago! tapi tak kira..nak jugak masukkan entry ni..hehhehe lagi pun Ed tak pernah masukkan ape-ape N3 pasal pisang. Kisahnya Ed ada beli pisang berangan yang montel-montel.. tujuan nye nak makan je..then lepas 3 4 hari tak habis makan.. terasa lak rugi pisang tu nanti akhirnya masuk bakul sampah jugak kan? Hmmmm..pikir punya pikir why not Ed buat kek je kan?hehehhe.. tapi pada mulanya takut jugak kalau-kalu kek ni tak jadik sebabnya Ed tak biasa buat kek pisang guna pisang berangan...

Hmmm..redah je la dari membazir kan?Biasa kalau dulu-dulu dengan arwah mama, Ed buat kek pisang guna pisang kapas..emmm memang mabeles rase kek tu..hhmmm baunya tak payah cakap la memang harum walau tak letak esen pisang. Tapi masalah nya sejak Ed tingal di Kajang ni tak pernah lagi jumpa pisang kapas!hahahaha..xtahu la sama ada memang pisang kapas tak de kat sini ke kan?tapi macam mustahil je..ke orang sini panggil pisang kapas dengan panggilan lain???? Hmmmm..pikir je lah..hehhhaha

Okeyh...berbalik kepada kek pisang yer? Ed buat pakai resipi biasa je ni.. guna sukatan cawan je..macam kek pisang kampung gitu.. Sila lah tengok yer gambo-gambo kat bawah nie..rase nak bagi komen pun boleh sanagat! Memang dialu-alukan sangat..hiihihi..

 ni panas-panas baru keluar dari oven...

 Proses penyejukan: letak atas redai..

 Yang ni dah di potong tujuannya untuk tayang rupa dalaman kek Ed nie..hhehe

 Ni pun sama. setelah di potong empat segi.. nyum nyum..

Nampak tak banana slices yang terhias kat permukaan kek tu?lain dari yang lain kan?hehhehe bukan ape saje nak buat kelainan lagi pun lepas buat kek tu ada lagi sebiji pisang yang lebih..jadi, dari terus membazir..Ed just slice kan then letak as a deco..cantik jugak! rasa pun mengancam! hehehe..

p/s: Komen peribadi tentang pisang berangan yan dijadikan kek:
1.   rase boleh tahan sedap.. takde beza pun ekceli..
2.   Warna tekstur lain sket sebabnya lau guna pisang kapas nampak lagi jalur-jalur hitam pisang.. then warna kuning pun lagi terang..yang ni muda sket..
3.   Kesimpulannya kek ni memang sedap! Kalau pernah makan version pisang kapas.. ada sikit je perbezaan dari segi bau dan warna.. yang lain tetap sama!

Monday 2 January 2012

Flowery Pineapple Cookies

Hi guys......!!!! Petamanya Ed nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 buat rakan-rakan semua.... Mudah-mudahan tahun baru ini memberi 1000 erti, 1000 makna, 1000 pengertian, 1000 keinsafan serta segala gala yang memberi kejayaan untuk kita semua. Dengan harapan agar setiap azam kita membuahkan hasil yang cukup ranum... hehhehe.. Ed juga menaruh 100% harapan supaya kehadiran Homemade Deli Treats yang Ed tubuhkan hampir setahun nie mendapat lebih banyak kejayaan dengan bertambahnya tempahan dari rakan-rakan Ed tersayang.. Ed juga berazam untuk menambah lebih banyak treats supaya tempahan dapat di pelbagaikann..hehe Amin.. Mohon sokongan serta dorongan dari rakan-rakan terdekat serta insan-insan tersayang dikeliling Ed.. AMIN...

Ok lah..dah habis uapan untuk tahun baru..kita berbalik kepada niat asal..hehehe.. Entry kali ni Ed nak masukkan N3 cookies.. hehehhe order ni Ed dapat dari someone special namanya Aisya.. hehheehe actually dah lama Aisya request for pineapple tarts.. Al-maklum lah dah lepas raya hari tu memang rase muak bau cookies yg tengah bake..Sampaikan cookies raya pun Ed tak makan..muak terase yang teramat sangat..tak dapat nak masuk mulut takut muntah..huhuhhuhu.. Time ni baru terasa nak bake cookies..Then Aisya pun tak memaksa.. So, weekend hari tu Ed terasa lak nak bake cookies..

Ed decided to make flowery pineapple cookies compared to pineapple roll tart. Bukan ape...saje nak bagi kelainan dari segi rupa paras cookies Ed kali ni.. Dalam masa yang sama Ed cuma nak bagi sedikit perbezaan tapi base nya same je.. rase lak lagi sedap!hehhehehe puji diri sendiri hahhahhaa.. sekali sekala! Tak salah berangan kat blog sendiri!hahhahaha... kah kah kah kah kah..

So,akhirnya Ed tayang kan semua pictures untuk Flowery Pineapple Cookies..Jadi, jamu la mata ye?hehehhehe..




 All 3 pictures above : cookies before bake..



 All 3 pictures above : Rupa paras cookiesyang selamat di baked..



 All 3 pictures above : My little son already kidnapped the cookies.. 1 balang my son habiskan..huhu hot from oven he suddenly ngapppp!!!! sedap katanya..hehhee.. 


All 2 pictures above : Yang ni pictures cookies yang memeang da siap and ready to be pack..

Entry kali nidah nak tamat..hehhe Ed excied sangat buat cookies ni.. Alhamdulillah dapat feedback positive Ed terima dari all my customers.. hehehe tu dah cukup untuk buat Ed happy.. So guys... see you on the next entry ok?

**This cookies open for ordering**   *_*