Jum FoLLow..

Wednesday 21 March 2012

Choco Chips Cuppies & Vanilla cuppies

Entry last ni Ed tak nak cerita panjang lebar..hahaha sebab nya dah penat menaip dari tadi.. Hari  ni je Ed masukkan 6entry..huh..nak rehat kan jari kejap.

Untuk itu layan la yer cuppies kat bawah ni..:)
All the cuppies ready to bake...


Ok dah siap menayang all the cuppies.. tengok-tengok la yer..kalau rase berkenan boleh order..hihihihi 
-peace- XOXO-happy baking-

Kek Lapis - Triple colors Lapis Cake

Untuk entry kek lapis nie Ed sangat teruja sebenarnya..hehehhe bukan ape time nak buat memang bercinta kena hadap..tapi bila dah siap...eeemm walllaaahhh..suke yang amat!!!! tak terbayang nak cerita..hehehe lebih-lebih lagi bila tengok lapisan yang sangat cantik kan? Lebih-lebih lagi kalau buat time malam-malam kan? Contoh kek ni pun Ed start mengadun lebih kurang jam 9.30 malam. Tubgu punya tunggu jam 2.20 pagi baru siap! Huh... mengeluh gembira bila last layer selamat masuk oven!hahhha... Tapi sebenarnya Ed sangat suke buat kek lapis walaupun nak siapkan sebiji kek sampai 4-5 jam.. Tu tak termasuk yang jenis anyam-anyam atau yang bercorak kat tengah. Paling-paling pun makan masa 1 hari setengah.. Bila Ed jual kek lapis ni baru Ed faham kenapa harga kek lapis sangat berbeza dengan kek-kek biasa.. emmm pape pun mavelles lah...hahhaa

Ok..kali ni Ed buat kek lapis triple colors.. Kenapa triple colors? Sebabnya kek lapis ni Ed gunakan 3 jenis colors. Chocolate, basic and green color. Each layer for each color ada rase yang berbeza. Chocolate color with chocolate flavour, basic color with horlicks flavour and green color with pandan flavour.

jadi mari kita tengok hasilnya..hahahaaa..
Yang ni rupe nye the whole cake ye kawan-kawan.. nampak menarik tak?hihiih..

Seterusnya..
Yang ni pulak rupa dalaman nye yer?

Sebiji kek Ed bahagi kepada 3 bahagian. 1/3 untuk mak mertua, 1/3 untuk pakcik di Putrajaya dan balance lagi 1/3 untuk sendiri makan..hehehe memang nyuuum nyyuuum sedapnya..tak terkata..
:)

Vanilla cuppies

Hai dearies..

Bersambung kita di entry nie kesinambungan dari tempahan chocolate cuppies. Ed kan dapat order 300 pcs cuppies.... Both 150pcs choco and vanilla cuppies. So, entry ni Ed nak letak pictures for the vanilla plak la kan?hehehhe

Jom cuci-cuci mata okey?

there are all on the wire rack.letting them completely cool.. :)

Kesahnya Ed lupe nak snap pictures macam choco cuppies..huhuhu maaf se maaf nye  ok? tak hengat langsung.. pape pun just layan okeyh?

Chocolate Cuppies

Minggu lepas memang minggu yang memenatkan bagi yang membuat kenduri kawen kan? Banyak betul undangan perkahwinan.. Al maklum, masing-masing nak kejar time cuti sekolah.. Ed dapat tempahan untuk buat cuppies. Alhamdulillah sempat jugak nak selesaikan semua tempahan. Untuk chocolate cuppies Ed dapat tempahan sebanyak 150pcs. Yang ni cuppies nye takde deco so Ed panggil Plain cuppies..hehehe.. Orang yang meng order ni nak bagi hadiah pada jiran katanya. Supaya jiran dapat bagi as a buah tangan pada tetamu yang datang.

Kat bawah ni la cuupies nye yer? :)


Ok..semua cuppies2 comel ni da sedia nk masuk oven.. tunnguuuuuu....

All the choco cuppies on wire rack..stage for cooling..

Inside the box.. ready to be line up.. :)

Then, siap...!! dah masuk kotak sumer ready untuk dihantar..plain cuppies ni cepat sket nak buat compared to yg ada deco...hehehhe kan da save time instead of kene menghias..pape pun thanks.. Moga berpuas hati :)

Orange Cake

Seterusnya kita beralih kepada kek yang terkini lagi sensasi!!hehehhee sesaje je nak vogue sket.. ekcelly cake ni nampak biasa je sebenarnya. Cuma rasanya sedikit berbeza dari kek-kek yang biasa kita makan. Tapi alhamdulillah rase memang tidak mengecewakan. Pertama kali Ed buat kek ni memang sangat berpuas hati. kek ni namanya Kek Oren / Orange Cake. Terang-terang namanya kek oren memang rase oren lah kan? Bagi yang tak pernah makan jagan takut nak mencuba kerana rase nye pasti enak..heheheh bak kata orang sekali makan nak makan lagi dan lagi..hihhihi.

Jum kita layan rupa paras orange cake ni ok?

Cake ni Ed buat untuk makan-makan je..tapi bagi yang sudi nak tempah pun boleh..tempahan anda amatlah dihargai dan dialu-alukan. :)

Lama Menyepi....

Assalamualaikum uoalls..

Waaa..lama betul Ed tak masukkan entry kan?ada la sebulan jugak Ed menyepi.. huhhuhuhu banyak benda nak kene settle terpaksa dan tak boleh mengelak..lebih-lebih lagi sejak jadi ibu terjun nie..hahhahaa busy memanjang hahaha..cam mana la lau anak teruna Ed dah besar nanti nak uruskan sekolah bagai kan? emm harap2 everything will flow smoothly..So, ape khabar rakan-rakan semu? Harap-harap semuanya sihat sejahtera okyh? :)

Berbalik pada tujuan asal kita meng entry hari ini yer :) hihihiihi.. sebenarnya sepanjang sebulan Ed tak update blog kesayangan nie, Ed dapat la jugak order dari rakan-rakan.. ..hihihi...Masalah nye tak sempat nak update kan jer..tapi tak pe walaupun banyak Ed akan masukkan entry satu2 okeyh?hihihi...

Chocolate Cake
Pertama Ed dapat order dari kawan lama. Kawan tempat kerja dulu time keje dengan MINT tapi sekarang dah jadi Nuclear Malaysia.. Empunya diri adalah Suhaimie Jusoh... hhehehee.. Mie ni kawan-kawan seangkatan dengan Kak Nina jugak tau.. Mie buat tempahan Chocolate Cake untuk isteri tercinta dengan apam 50pcs for the kids.. Katanya nak buat simple party for his wife with their kids jer.. So jadilah kek kat bawah ni. Ekcelly Ed just buat old fashion nyer deco je.. Tak sempat nak touch up macam artis sebab pagi Ed ada appointment with doctor.. Balik dari clinic baru la menggodek order untuk Suhaimie. Maaf banyak2 ye Tuan kalau tak menepati citarasa..hihihhii.. mohon komen dan feedback dari semua okeyh? :)

Jum layan tempahan dari Suhaimie Jusoh kat bawah ni yer ... :)


Sedikit penerangan hihihhi : Mie order chocolate cake harga RM30 je..sebabnya yang makan tak ramai. Mie request untuk tulis banyak tapi yang nie je muat tau Mie.. sorry yer? Mohon ampun ape-ape komen sila bagi tahu Ed okeyh?tak mo simpan-simpan.. nanti meletps pulak..lagi pun Ed memang galakkan sebarang komen yang boleh memperbaik dan meningkatkan pem produce san treats dari Ed :)

Steamed Mini Apam

Kedua, Mie tempah jugak apam mini dengan deco ladybird dan angry birds. Filling nye chocolate dan strawberry.. Jum kita tengok gambar kat bawah ok? :)
Maaf ye semua sebabnya tak sempat nak snap banyak-banyak gambar kat atas ni. Sebabnye nak kejar masa utntuk hantar pada Mie. huhuhuhu.. at least boleh nampak kan?