Jum FoLLow..

Sunday 5 May 2013

Barbie Birthday Cake + Chocolate Praline

Assalamualaikum..

Selamat malam dan salam sejahtera semua.. Alhamdulillah ada jugak kekuatan nak mem blog malam ni akhirnya.. hahaha selepas sekian lama tak kemas kini blog ni kan.. Bukan tak tahu blog dah bersawang..hhuhuhu saje je malas terlebih dari segalanya.. Di kesempatan Adam tengah tidur dibuai mimpi, sambil mendengar keputusan PRU13, terasa nak update N3 yang dah berkurun dalam lappy ni.

Malam ni Ed masukkan N3 kek hari jadi je.. beserta chocolate praline. Tempahan dari Hanim Kecik (FB name) untuk anak buah dia.. Sambutan ulangtahun ke-5 katanya. Kalau sebelum ni Hanim pernah buat tempahan kek hari jadi jugak dengan Ed.. Alhamdulillah dia berpuas hati dengan rasa dan tekstur kek yang Ed buat.. Sedap katanya.. (heheheh alhamdulillah.) Ni pun Hanim dah booked lagi satu kek birthday untuk anak buah dia jugak bulan 12 nanti.. Alhamdulillah dan terima kasih sangat-sangat untuk Hanim Kecik.

Tak nak cerita panjang-panjang.. Meh Ed tunjuk gambar kek dan coklat dari Hanim ni yer?

It's Happy Birthday Syahidah..
It's my big rosette with gold sugar balls..
The whole cake itself... white and violet color..suite the barbie sugar image
Rosette's close up..
Closer view
Chocolate praline.. rosses!
Ready to go...

Alhamdulillah.. dapat superb feedback jugak dari Hanim.. So, setakat ini sahaja untuk malam ini.. Jumpa lagi untuk next N3 tomorrow insya allah ...