Jum FoLLow..

Wednesday 20 June 2012

Fruit Cake a.k.a Kek Buah

Assalamualaikum buat rakan-rakan semua. Juga salam sejahtera untuk hari yang cukup indah. Ed doakan semua berada dalam keadaan baik dan terbaik sempena nak menyambut 1 Syaaban esok hari. Insya allah moga-moga ALLAH permudahkan segala urusan bagi menyambut kedatangan Ramadhan al-mubarak yang mulia. AMIN...

Seprti yang dijanjikan, Ed nak masukkan entry Kek Buah a.k.a Fruit Cake kalau bahasa omputih nya kan?hehhehe.. Ed sebenarnya suka dengan kek buah ni. Tapi kalau yang beli kat kedai tu kek terlampau manis. Tak dapat nak makan puas-puas tapi dah tak boleh nak tahan manis sangat. Beli pun Ed beli yang packaging kecil je sebab lambat nak habis. Tu pun beli kalau dah teringin sangat.. hehhehe tapi sekarang ni Ed dah tak beli sebabdah jumpa resipi lama dalam buku resipi arwah mama. Alhamdulillah bila Ed try bake kek buah ni buat kali pertama bulan Mac lepas, menjadik! hehhehheeh adik Ed si Nurul Idura kebetulan datang rumah bulan tiga lepas, bagi lah dia rasa. Katanya sedap macam kek buah Amway kita makan dulu-dulu. hahhahaha entah lah Ed bukannya ingat kan?hahhahhaa tapi adik Ed ni jenis yang ingat je kenangan kecik-kecik kitaorang dulu. Ed iyakan aje lah..hahhaha janji dia cakap sedap!

Versi ni Ed dah buat kali kedua. Niatnya nak buat sample untuk rakan-rakan. Mana tahu ada yang nak tempah untuk raya nanti ke kan? Insya allah tempahan masih terbuka. hehhehe. Kita layan gambar kek buah ni dulu ea?

 Kosong je tanpa hiasan... ready to next stage..hihi

 Dengan hiasan ceri (dengan harapan ceri ni nampak bila masak...huhuhuhu hampeh!xnampak pun kat atas kek.. (credit to Mat Gebu sebab Ed ada tengok Mat Gebu letak ceri kat atas kek buah dia.. nampak macam cantik, so Ed tiru..huhuhuhu sebelum ni Ed tak pernah deco pun kat atas kek tu...cukup dengan ceri yang sedia ada kat dalam mixfruit tu je...ntah tiba-tiba nak tiru..maaf ye Cik Mat Gebu.. lain kali dah tak letak kot sebab tak nampak ape pun bila dah siap kek tu..huhuhu)
 Dah siap...tengah nak sejukkan..

 Tengok tu..mana ada un ceri yang Ed letak tadi..tak nampakpun..so lain kali memang Ed tak nak letak dah..huhuhu

Cake in different angles....

Dah masuk transparet box.. size nya 8' x 8'

Nak tengok rupa paras kek buah ni tak? Jom kita tengok ape jadi kat dalam pulak ea?huhuhuhuhu macam jadik..hehehhee..
 Tengok..ceri dah jatuh nun jauh ke bawah..huk huk huk huk..harapan musnah sudah! (hihihihi bayangkan ceri tu akan still berada kat atas. Maybe sebab Ed pakai ceri hiasan yang basah tu..that's why ceri tu turun kot..lupe pulak kan? )..

Inside view with different angles... Kat dalam tu ada jugak campuran kacang badam yer.. rasa gigitan kacang best jugak...

Dah siap pun kek buah yang dijanjikan ni.. Alhamdulillah tempahan akan dibuka. Kepada sesiapa yang berminat ada boleh laksanakan tempahan anda dengan menghubungi Ed.. Sekian terima kasih..

p/s: Sila rujuk sudut kiri blog ini bagi rujukan harga untuk setiap treats di homemade-deli-treats. <3<3<3

No comments:

Post a Comment