Jum FoLLow..

Thursday 14 June 2012

2nd Batch of My Homemade Pineapple Jam

Salam di pagi Khamis yang sangat segar di sebalik mataku yang tak henti-henti kuyu..hahhahaaa tengah nak mendodoi mata la ni.... huhuhu mengantuk sungguh ku rasakan di pagi ini. Kalah hari-hari yang hebat seperti sebelumnya. hihihihi.. Macam biasa tak nak bagi mengantuk Ed akan menggodek blog dan update ape yang patut walaupun N3 terbaru dari pelanggan-pelanggan comel Ed masih belum ada... hehhehehe

Pagi ni Ed macam nak update Ed punya homemade pineapple jam. Yang ni Ed buat hujung minggu lepas. As my early preparation before I start doing my cookies baking especially for pineapple roll tarts. Yang Ed buat ni dah masuk 2nd batch untuk stok raya tahun ni (2012). Kisahnya jam ni akan berlanjutan sampai ke batch 5@6 insya allah. Moga-moga ALLAH permudahkan segala usaha dan urusan Ed dalam nak menyiapkan setiap tempahan dari pelanggan. AMIN....

Untuk 2nd batch ni Ed guna 8 biji nanas jenis Moris je... (nanas yang besar dabak tu kan? Nanas yang best lagi rangup!hehhehhe). Masa 1st batch hari tu Ed buat dengan 7 biji nanas Moris je.. (sikit ke kawan-kawan?huhuhuhu punya lah seksa nak sagat nenas tu..huk huk huk nak habiskan sebijik pun macam-macam rase ada dalam kepala.. patut lah jam nanas kat kedai tu mahal kan? nak buat bukan main payah. Tapi yang ready made tu diaorang tak sagat, main masuk blender je kasi blend sampai halus. huhuhu Ed's version ni kira arla tradisional la sebab Ed tak nak hilangkan rase asli jam tu sendiri.. Yang syok nya bila makan rase urat-urat nanas tu kan? Tu la istimewanya homemade jam Ed nie... hehhehhe..pasan!)

Apa-apa pun harap-harap diriku ini gagah untuk menyiapkan target jam untuk tahun ni..huhuhu mohon bantuan encik suamiku tercinta lagi tersayang..hehhehe bantuan anda sangat diperlukan supaya kerja-kerja penyagatan dapat diselesaikan dengan jayanya..hehhehehhe

Nak tengok tak jam tu? Jom layan okeyh? hhehhehhehe...
 Hasilnya selepas habis disagat..

 Yang ni plak sama je macam gambar kat atas tapi yg ni Ed tukar pada foliage mode sebab nak bagi nampak air-air nanas yang manis tu..hehehe

 Dua-dua kat atas ni Ed close up kan.. dengan harapan rerambut nanas tu nampak..hehhhee tang ni la syok nya makan jam nanas.. :)

Nak kene tunggu sampai air betul-betul kering sebelum step seterusnya..

Kemudian...,
 Dimasukkan bahan yang meletops ini ke dalam.. Then tunggu la gi sampai kering..

Seterusnya.....
Pemanis iaitu gula dimasukkan.. Tunggu lagi sampai betul-betul kering bagi mengelakkan sebarang kecacatan dalam biskut tart kita nanti ye puan-puan..hehhehhe

owh... time ni la yang amat menyeksakan..huhuhu nak kene kacau sentiasa bagi mengelakkan jam kita hangus begitu saje yer (so part ni Ed memang takut sebab tu Ed guna dapur letrik yang boleh alih supaya Ed dapat duduk time nak kacau..lau tak memang ber muscle-muscle lah lengan Ed yang ayu ni...ahakssss.... bukan ape..lenguh beb! mahu cramp tangan tak boleh nak buat ape 2-3 hari.. Tak ke naya..hehhehe)

Meh tengok jam yang dah hampir nak siap nie..hehhee
 Tu lah rupe mereka semua ye...hairy tak?hehheee

Setakat itu sahaja gambar yang dapat di snap hari tu..huhuhu penat menanti kesudahan cerita jam ni..hahhaha Ed penat mengacau rasa lenguh macam loose je tangan.. Disebabkan faktor inilah Ed buat jam ni by batch...Ed rase tak berapa upaya je nak buat sekali gus 50biji nanas kan? owh memang demam la kot lau Ed gagah jugak buat..hahhahaa.. 

p/s : N3 seterusnya Ed ada nak bukak tempahan baru. Kepada sesiapa yang minat dengan KEK BUAH a.k.a Fruit CAKE stay tune ok? wait for my next N3..

See you... daaaaaa...

2 comments:

  1. nothing much to say..awk sgt RAJIN :-) All the best dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tentiu dear.. not that RAJIN ekcelly.. its more like i just LOVE TO... :)

      Delete