Jum FoLLow..

Thursday 31 May 2012

I Love LeftOvers...

Hi guys.... Gud morning everyone.. Rase-rasenya ni lah N3 terakhir Ed untuk bulan May 2012. hehehehe Alhamdulillah berpuas hati dengan N3-N3 untuk bulan ni.. Ngeh ngeh ngeh..

Ekcelly Ed tengah nak mengilham kek tempahan dari seorang rakan lama.. Rakan sekolah menengah dulu lagi..hehheehe.. Dalam masa duk mengasah ilham tu terfikir pulak nak masukkan entry "leftovers" yang semestinya Ed minat ni..hihiihi bukan ape..rase untuk makanan-makanan lebih ni lain macam sket tau.. hahhaaha Ed cakap lain macam tu bukan lain macam sebab basi yer!!!! hehehe kebanyakan kek dan biskut Ed memang boleh tahan ada yang sampai 2-3 bulan tapi bukan semua la.. yang paling singkat jangka hayat adalah kek pisang marble coklat tu.. Yang tu Ed tak sarankan untuk makan kalau dah lepas 3 hari sebab rasa akan lari sket walaupun belum basi aka berkulat! ngeh ngeh ngeh..

Tapi kesahnya yang Ed nak cerita hari ni pun pasal benda alah tu la..si Marble Chocolate Banana Cake. Ed dah buat kek ni dalam 2 minggu lepas. sebabnya ada lebihan adunan dari tempahan Yuni-Ayuni. Jadi Ed balun letak dalam loyang 8"x3"..hehehehe dapat la Adam merase kan? Lau tak sibuk nak potong kek yang orang order. Bukan takat kek Ayu ni je nak potong boleh katakan setiap kali Ed nak siapkan tempahan customer memang tu lah keje dia...Tunggu sampai kek siap.. bila dah TINGGGGG...!!! Kalut lah dia lari-lari pegi tercongok depan oven cakap... "Mama kek dah siap..."  hahahaha tang tu jugak nak suh potong. habis macam mana? Memang jalan penyelesaiannya Ed sentiasa kene buat extra for him.. Dengan tujuan tak nak bagi dia kacau orang punya kan? Tapi sekarang ni dah pandai puulak...nak jugak orang punya. Katanya Adam nak yang besar yang kawan mama punya tu.. ahahahhaa Adush... Nak jugak yang besar!hahhaa... Poning den! Tak tahulah sampai bila kisah ni akan berlanjutan..Maybe sampai Adam dah betul2 besar atau dah muak makan kek sebabnya boleh dikatakan setiap minggu ada habuan untuk dia..hihhihihii..

Jom layan gambar leftovers ni yer?
 Dalam oven...tunggu yer kata Adam ...hehehe

 Dah masak tinggal nak sejukkan je..

 Dah sejuk.... nyum nyum.. bu memang tak tahan!

 Dah di slice kan..tunggu dulu amik gambo dulu sebelum di ngapp!


 Version leftovers ni dah tak berapa nak nampak marble nye.. Sebab utama adalah adunan lebihan je..so letak mana yang boleh aje..at least ada gak la marble tu sket-sket kan?hehehhee

Sedap sangat kek ni haaa... makan petang pekena dengan air teh panas ke kan? Tak pun kopi O pun jalan nie.. nyum nyum...memang tu je yang boleh cakap..hahaaa nak cerita lebih-lebih tak dapat la kan..kang tak pasal2 plak si _mama zikri_ terliur... hahhaa dah meleleh air liur kat tudung..hehehhee jangan marah ea...?





Tuesday 29 May 2012

Kek Gula Hangus

Salam semua....alhamdulillah bersua kembali di N3 hari ini...hehhehehehe. kali ni Ed nak masukkan N3 Kek Gula Hangus aka kek sarang semut aka kek sarang lebah aka caramel cake aka kek lobang-lobang hehhee.. Ok kali ni tempahan adalah dari si budak kecik Nan Nor Aini untuk buah tangan balik kampung di Terengganu malam ni. hihihii..

Buat Aini jutaan terimam kasih tak terperi dengan kepercayaan untuk tempahan pertama ni yer?hehhehhehe..nanti bagitau akak tau ape rase kek tu?hihii  Jom
tengok gambo-gambo kek gula hangus untuk Aini okey?



 Ni gambo adunan yang selesai diadun. Sedia untuk diperap 4 jam! hehhehe selamat menunggu ( tapi Ed xde la nak korang tunggu 4 jam baru tengok gambo2 ni..hehhehhee...)



 Taaarrraaa....tu lah rupenya kan?hihihi alhamdulillah dengan jayanya selamat mem "bake" kek ni khas untuk Aini. Kek ni seberat 2.5kg, dalam loyang 9"x9". Cukup besar dan  tinggi. hehehee memang sesuai untuk dijamu keluarga di kampung nanti. hehhehe..

P/S : Untuk tetamu-tetamu lain selain Aini, mahapkan hamba yer tak dapat nak tunjuk rupa paras dalaman sebab kek ni Aini yang tempah..hahhahha kang murka Aini kak Ed dah potong doluuuu..hijijiiihihi...


 Kedua-dua gambar kat atas tu adakaitan ke dengan kek gula hangus Aini ni? EHHHHHH.... ada sangat! hahhahha ni kecederaan yang dialami semasa memasak gula hangus tu..tetiba tercedera plak pagi tu..huhuhuuu dah melecur al-maklum gula hangus 300 darjahcelcius Ed rase! sebabnya pedih yang teramat..huhu nampak takkemasakan isi jari kecilku itu?hahhahhaa... Tapi tak pe yang penting Ed tak rase tercedera oun..ngeh ngeh ngeh..sebab suke mem nake katakan....dah adab la macam tu..


Oklah...untuk tidak melukakan hati sesiapa..Ed nak tayang jugak rupa dalaman kek gula hangus Ed ni haaaa... kesahnya Ed ada buat extra untuk hubby Adam dan Adik Ed beserta mak mertuaku.hehhehe jom kita layan isi dalam kek nipulak yer?hihiihii...

Kat bawah ni lah rupanya yer?hehheehe yang ni Adam tak sempat nak tunggu kek sejuk sepenuhnya.. paksa jugak Ed supaya potong Adam nakmakan katanya..dah sejuk da tu..hahahha dia pulak yang ajar kita..hihihihi tu sebab Ed potong di penjuru kisahnya takut rosak kat tengah nak ambik gambar nantii..
 Yang ni pulak semangkuk untuk my dearest mother in law..dah siap potong tinggal ngappp je....


 Ehem ehem..nampak tak kessarangan kek ni? Tetiba yang membutnya pulak yang terlebih teruja!hihiiihi..layan eaaaa...? Lau dah terliur tu jamgan lupe order plak tau?hahhhaa..

Yang ni plak kene menonggeng baru dapat tengokdgn betol ok?hihihi Ed lupanak twist gambo ni haaa.... tapi tak pe asalkan nampak sarang-sarangan tu kan?

Ok lah...tamat sudah siaran N3 kali ni tau? Dah rase penat menaip...macam panjang je N3 kali ni..bye u olsss.... dah baca jangan lupe tuk drop ur comments ok? tq :)



Friday 25 May 2012

Selamat Hari Guru

Salam siaran semua..hehhehehhe chewwaaahh..dah macam pengacara tv plak kan?hehehhee..saje nak gedik-gedik petang nih..hahhahaa...

Last week anak-anak sekolah ramai yang dah menyambut hari guru di sekolah masing-masing kan? Tak kurang jugak dengan adik Ed. last week dah celebrate kat Sekolah Kebangsaan. Tapi today sambut lagi tapi kat Sekolah Agama. Untuk menyambut tu..ustazah ada suruh bawak makanan kata adik Ed, Aisya. Dia cakap ustazah pesan bawak makanan terpulang tapi kek pun ok Aisya cakap. So, dalam hati Ed dah tahu memang dia nak bawak kek la tu..

Ed kuatkan jugak untuk membaking hari Rabu lepas walaupun badan dah penat sangat kan? Nak buat hari Khamis takut tak sempat sebab nak siapkan order dari Yuni Ayuni lagi kan? Dah la hari Khamis pagi jam 11 xde elektrik. Kisahnya ada penyelenggaraan berperingkat. Adushhh...terpaksa la kan nak buat macam mana.. Ed buat kek coklat je untuk sekolah Aisya. Fikir-fikir jugak sebab Ed dah selalu sangat buat kek coklat ni kan.. Teringin jugak nak buat kek lain. Tapi bila difikir-fikir berkali-kali, Ed tetap dengan keputusan kek coklat. Sebabnya? Sebabnya budak-budak biasanya suka dengan coklat.. Lagipun adik Ed pun baru darjah 3..

Jom tengok rupa kek sempena hari guru ni yer? LAYAN....


Perasan tak kek tu macam ada kesan terbelah..hahhahaha Ed salah letak sebenarnya patut kene upside down! terlupe..jadi gitu sbb time sejukkan terkena jaring..al maklum lembut katakan..hihiiihi..

Yang penting adik Ed suke sangat..Dia macam tak percaya Ed buat kek sebijik tuk dia bawak ke sekolah.... Yelah.. sebelum ni mana pernah bagi sebijik.. Ni first time..hehhehee.. Pagi tadi berbunga-bunga dia time hantar ke sekolah. Dia pulak nasihatkan kita suh berhati-hati bawak nanti atuh...aikkk... suke la tu..hehhehhee

Selamat Pengantin Baru....Ayuni_Ayu

Salam semua...

Entry hari ni Ed nak cerita pasal kawan blog kita ugak Ayuni Ayu. Alhamdulillah Ayuni ada buat tempahan kek lapis dengan Ed. Ayu request bulan mac lagi cakap nak order kek untuk hantaran kawen. HAHHHHH!!!..Ed sebenarnya terkejut sebab tiba-tiba je cakap nak kawen. Tak terkejut pun pasal nak order kek tu semua.. hehhee bukan ape..si budak Ayu ni senyap menyepi je tau alih-alih dapat berita nak kawen! Mahu tak terkejut kan?hihihhi pape pun Kak Ed nak ucapkan tahniah buat Ayu. tak lupa jugak Selamat Pengantin Baru yer Ayu.... Semoga hubungan kalian kekal ke akhir hayat. Selamat menempuh alam rumahtangga tau...heheee..

Ok berbalik kepada tempahan dari Ayu... Ayu request nak Lapis Chips Evergreen, Marble Chocolate Banana Cake dengan Pineapple Roll Tart. Jadi, untuk beza kan setiap entry, Ed akan cerita details untuk satu-satu tempahan okeyh? Jom mulakan!!! hehheee...

1.     Lapis Chips Evergreen

Tak nak cerita banyak-banyak sebenarnya..hehhee Ayu nak kan kek ni sebab katanya tengok macam menarik je gambar dalm blog Ed ni.. So, Ayu decide nak order. Jum tengok kek kat bawah ni yer?layan....






Haaaa.. mengancam tak gambar-gambar kat atas tu?hehehe tu belum bau lagi tau..huhuhuhu Adam memang tak boleh nak stop eating this cake... reaksi Adam..." hhmmmmm..wangi nye (sambil ambil bau kek).. sedap ni mama". hehehhe 

Ok..kek ni adalah evergreen ditambah dengan chocolate chips. Yang pasti kek ni memang sesuai tahap kemanisannya sebab Ed dah ubah resipi..hehehehe. Masa nak siapkan memang lah tersangat lama. Ed start buat kek ni dalam jam 1.30 petang. Then betul-betul siap jam 5.30 petang. Tu pun tak sejuk sepenuhnya lagi..heheh siap mem baking je. Kalau korang sume nampak nak kira, kek ni ada 18 lapisan. satu lapisan tempoh bakar lebih kurang 10min. bayangkan berapa lama Ed duk ulang alik bukak oven..huhuuhu tu pun belum masuk masa nak layer kan kek every layer..nak menekan lagi kan? Ape pun kek lapis ni memang terkenal dengan banyak lapis. Memang rumit. Tapi alhmadulillah rase malas  nk buat kek ni Ed tak pernah nak rase sebabnya Ed suke sangat bake this layered cake!


2.     Marble Chocolate Banana Cake

Untuk tempahan kedua, Ayu nak kan kek chocolate marble ni haaa... Jum tengok rupe parasnya okey? Tak nak cerita panjang-panjang lagi...heheheee...


 Hot in the oven..hehhee kisahnya lupe nak snap sebelum masuk oven.. dalam pun dlaam lah janji nampak kan?hihhihih..

 Yang ni lak dah keluar dari oven.. Cooling process katanya..hihiii...

 So, ape macam ada cantek kaaaa?hihiiiiihi..cantik cantik cantik...

With this purple riben...hehehehe.

Dah settle entry tuk kek yang kedua ni.. Sebenarnya Ed yang membaking ni pun trase excited la plak tengok kek ni tapi tak dapat nak potong orang punya...hehehhhehehehe...So sabar je lah kan? tunggu je Ayu bagi feedback nanti kan? Hope so..huhuhu..

3.   Pineapple Roll Tart

Tempahan ketiga adalah pineapple roll tart. Ayu tempah 100pcs. Untuk dijadikan makanan hantaran jugak. Jom tengok rupa paras tart gulung Ayu ni eaaaa?hehehehee...



Very the cute!!! hihhihi teruja plak tuan yang membuatnya..heheh


Siap direbenkan... canyiks tak?hehehhe..

Alhamdulillah selesai lah sudah urusan bersama Ayu untuk kali ini je..Hari khamis malam Ed hantar semua tempahan Ayu ni di Putrajaya. N3 ni memang untuk Ayu je..hehehhe.. Kak Ed tayang makanan Ayu je..Harap-harap Ayu berpuas hati.. Kepada Ayu sila komen treats akak ni yer nanti.. Lepas Ayu honeymoon la..hehehhehe.. Kalau sudi lain kali sila order lagi... :") hihhi.

Akhir sekali terima kasih tak terhingga buat Ayu atas tempahan yang telah dihantar ni yer?




Dekorasi ala-ala hantaran..hehee..
Nahap kan hamba yer lupe nak twist gmbo resit ni haaa..lau nk tgk kene pusing PC or laptop korang...hahahaa..

LAYANNNNZZZ...........

Tuesday 22 May 2012

Homemade Pineapple Jam

Morning lalink-lalink semua..hehhehe mulakan pagi anda dengan senyuman okeyh? Pagi ni Ed terase nak update Ed punya jam la pulak yer. Tetiba rase nak tayang di blog sendiri rasenya taksalahkan?hihihi.. Ed memang akan buat jam nanas ni setiap tahun untuk stand by tempahan hari raya nanti. tapi yang ni Ed buat khas untuk Ayuni Ayu tau. Sebabnya Ayuni ada buat tempahan tart nenas dengan Ed untuk buat hantaran kawen dia 25hb May 2012 nanti. Jadi, jam tu Ed dah kene buat siap-siap sebelum nak buat biskutnye..hehehhe xde jam xjadi la tart nenas gulung!huuhuuu...

Jom kita tengok tayangan nya yer? Layaaannn....

 Ni bila nanas dah siap diparut halus.. Masuk lam kuali nk start the process okey?hihii..

 Second ni bila dah nampak kering sket masukkan perasa yang memang meletopsss...
Dikuti gula lau tak tak kan jadik jam nanas ni tanpa gula..hehehe..

 Third : Ni lah rupa bila dah digaul bersama gula. Warna pun dah bertukar. Ni tandanya dah nak siap..hehehe cume kasi kering kan sket lagi supaya biskut kita nanti tak cepat berkulat sebab basah sangat..

Fourth :  Jam dah di"ball"kan..sebelum nk masuk gulungan...

Sekian sahaja entry untuk jam nanas ni okey? Sesiapa yang nak tahu details sila comment. Dialu-alukan je.. :D

Thursday 17 May 2012

Kek Gula Hangus/Caramel Cake

Ramai yang kenal dengan kesedapan dan kesarangan kek ni. hehehhee.. Tak kurang jugak dengan namanya. Banyak pulak panggilan yang diberikan antaranya, kek gula hangus, kek karamel, kek sarang semut, kek sarang lebah, kek lobang-lobang. Macam-macam kan? Ed dari kecik kenal kek ni dengan nama ke gula hangus. Tu pun dari arwah mama. Sebabnya arwah memang selalu buat kek ni kerana ianya merupakan salah satu kek kegemaran papa dan kitaorang adik beradik. Setiap kali hari raya memang kek ni wajib ada atas meja. hehehhe al maklum kegemaran boss! hihihiihii.. Actually Ed pun suka kek ni. Ingat lagi time kecik-kecik dulu.. Time gigit kek ni masing-masing nak tunujk sarang lobang-lobang yang ada. Seronok makan sambil main. Lastly tak sedar bukan main banyak makan.

Sekarang Ed terpaksalah buat sendiri kek ni. HUhuuuhu kalau dulu main mintak je arwah mama yang buatkan. Tapi sekarang kene lah buat sendiri. Itu pun nasib baik resipi arwah ada lagi tersimpan elok. Sekurang-kurangnya boleh menjadi tatapan anak cucu kan?

Tidak kurang minatnya budak-budak sekarang dengan kita dulu-dulu. Adam si anak teruna Ed tu suke sangat makan kek ni haa... yang tak tahannya siap cicah dalam air teh lagi..sedap katanya. hahhahaa tok guru Adam adalah PAPA nya.. Dah tengok papa dia cicah dia pun cicah sama. Tak sangka pulak dicakap nya SEDAP mama.. mama try lah katanya. Mama mintak ampun lah yer...memang tak lah nk cicah kek  dalam air teh..hihiihihi xpe lah asalkan makan ape yang mama makan. Tu pun dah kira senang hati tengok. Walau pun penat balik kerja tapi dengan keterujaan nak mem baking... hilang semua penat..

Ok jom kita layan gambar kat bawah ok? Jangan murka kalau gambar tak berapa nak cantik okeyh? Sebabnya tok guru tak pandai nak snap gambar ni haaa..buat ke pandai..hihhihii jangan mara aaaa...



Nampak kan kesarangannya..hihiihihihi puas hatiku mem bake this cake..ngeh ngeh..


*issshhhh..korang perasan tak kek tu macam rendah sket kan?heheheh kesahnya Ed buat separuh adunan je. Then guna plak loyang besar..sebab tu lah jadinya kontot....huhuhuhu nak buat banyak takut lambat habis.

Takpe-takpe insya allah lain hari Ed buat satu adunan then pakai loyang yang tak berapa besar okeyh? Tujuannya nak nampak tinggi ngn kesarangan yang terserlah...hihuhihihi TUNNGGGGUUUU.....

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu Ed ucapkan kepada ibu-ibu sekalain yer? Alhamdulillah dah masuk 4 tahun Ed dapat rasa sambut hari ibu. Erti kata menyambut tu tak de la sampai berlebih-lebih. Kita pun bukan nak buat macam orang-orang selain Islam kan? Ekcelly Ed ada dgr video seorang ustaz mengatakan menyambut hari ibu adalah haram. Apa yang Ed boleh cakap kita hanya menyambut dalam kadar sederhana supaya tidak tersasar. Apa yang penting adalah niat dalam hati macam mana. Ed rasa ALLAH maha adil tak akan menghukum umat yang betul-betul ikhlas memberikan sesuatu kepada ibu masing-masing. Bukan kita nak besarkan hari ibu itu sendiri tapi cuma ingin melakukan sesuatu supaya ibu-ibu kita rasa dihargai. Apa yang paling penting hari ibu bukan sahaja dirasakan pada setiap Ahad minggu kedua bulan May sahaja malah perlu ditanam hari-hari supaya anak-anak dapat menghargai, menghormati dan mentaati ibu sepenuhnya.

Alhamdulillah sejak Ed bergelar ibu, hubby tak pernah putus-putus membantu. Terima kasih kerana memahami ABANG. Tapi ada jugak yang sedih pada hari ibu nie. Yang sedih nya Ed tak dapat nak menyambut hari ibu bersama mama tersayang. Sudah dua tahun arwah mama pergi. Alhamdulillah Ed cuma menghadiahkan ayat-ayat suci al-Quran untuk arwah mama. Untuk rakan-rakan sesungguhnya hargailah, sayangilah, dekatilah ibu-ibu anda sebelum terlambat. Mungkin anda boleh hadiahkan hadiah yang mahal-mahal untuk ibu. Tapi sesungguhnya ibu hanya memerlukan sedikit penghargaan, pujian dan sikap pkasih sayang kita semua. Ed cakap macam ni pun untuk ingatkan diri sendiri jugak. Di samping menasihati anak teruna ku sorang tu. Walaupun Ed dah kehilangan ibu kandung, syukur alhamdulillah ALLAH gantikan mama Ed dengan seorang ibu mertua yang sangat memahami. Sangat baik. Sampai Ed tak terasa pun layanan yang diberikan adalah untuk seorang menantu. TERIMA KASIH MA....

Untuk arwah mama Ed, Ed hanya mampu diam dan menghadiahkan yang terbaik untuk dia. Moga roh arwah mama tenang dan ditempatkan di tempat umat-umat yang soleh serta solehah. AMIN...

Sempena sambutan hari ibu minggu lepas, Ed ada buatkan sebiji kek untuk disambut bersama. Jom tengok rupanya yer?hiiiii...

Emmm..looks yummy! Ekcelly kek ni Ed buat untuk semua ibu-ibu dalam keluarga Ed sebelah hubby (nak buat untuk sebelahsendiri tak dapat sbb sume duk jauh.. sorang di Penang, lagi sorang nun di Kelantan). Insya allah ada kesempatan lain kali buat untuk adik beradik kandung plak ok? hehehe Selamat hari ibu untuk Ma, Kak, Nora, Achik & semua ibu-ibu yang mengenali Ed. Moga urusan keibuan kita semua dipermudahkan okeyh? Mendapat anak-anak yang soleh serta solehah yang di kemudian hari boleh membantu urusan dunia mahupun akhirat. AMIN...

Birthday Cake

Hujung minggu lalu Ed ada buat chocolate cake untuk anak saudara husband. Mamanya mintak Ed buat birthday cake for her second daughter (Qistina). Chocolate cake menjadi pilihan sebab budak-budak kan kebanyakan nye memang suka chocolate cake compared to other cakes. Mungkin sebabkan rasa chocolate then budak-budak suke sangat. Macam Adam jugak..suka sangat ngan kek coklat..

Kakak ipar Ed suh Ed buat size 8x8 dalam 2kg kek. So ni lah rupanya..



Nie lah version Chocolate cake for Qistina. Celebrating her 1st birthday.. Meriah betul jamuan hari jadi Qistina..Ramai yang datang..hehheheh layan la yer? Kalau rase berkenan sila order.. hikhikhikhik..