Alhamdulillah sejak Ed bergelar ibu, hubby tak pernah putus-putus membantu. Terima kasih kerana memahami ABANG. Tapi ada jugak yang sedih pada hari ibu nie. Yang sedih nya Ed tak dapat nak menyambut hari ibu bersama mama tersayang. Sudah dua tahun arwah mama pergi. Alhamdulillah Ed cuma menghadiahkan ayat-ayat suci al-Quran untuk arwah mama. Untuk rakan-rakan sesungguhnya hargailah, sayangilah, dekatilah ibu-ibu anda sebelum terlambat. Mungkin anda boleh hadiahkan hadiah yang mahal-mahal untuk ibu. Tapi sesungguhnya ibu hanya memerlukan sedikit penghargaan, pujian dan sikap pkasih sayang kita semua. Ed cakap macam ni pun untuk ingatkan diri sendiri jugak. Di samping menasihati anak teruna ku sorang tu. Walaupun Ed dah kehilangan ibu kandung, syukur alhamdulillah ALLAH gantikan mama Ed dengan seorang ibu mertua yang sangat memahami. Sangat baik. Sampai Ed tak terasa pun layanan yang diberikan adalah untuk seorang menantu. TERIMA KASIH MA....
Untuk arwah mama Ed, Ed hanya mampu diam dan menghadiahkan yang terbaik untuk dia. Moga roh arwah mama tenang dan ditempatkan di tempat umat-umat yang soleh serta solehah. AMIN...
Sempena sambutan hari ibu minggu lepas, Ed ada buatkan sebiji kek untuk disambut bersama. Jom tengok rupanya yer?hiiiii...
Emmm..looks yummy! Ekcelly kek ni Ed buat untuk semua ibu-ibu dalam keluarga Ed sebelah hubby (nak buat untuk sebelahsendiri tak dapat sbb sume duk jauh.. sorang di Penang, lagi sorang nun di Kelantan). Insya allah ada kesempatan lain kali buat untuk adik beradik kandung plak ok? hehehe Selamat hari ibu untuk Ma, Kak, Nora, Achik & semua ibu-ibu yang mengenali Ed. Moga urusan keibuan kita semua dipermudahkan okeyh? Mendapat anak-anak yang soleh serta solehah yang di kemudian hari boleh membantu urusan dunia mahupun akhirat. AMIN...
No comments:
Post a Comment