Jum FoLLow..

Thursday, 17 May 2012

Kek Gula Hangus/Caramel Cake

Ramai yang kenal dengan kesedapan dan kesarangan kek ni. hehehhee.. Tak kurang jugak dengan namanya. Banyak pulak panggilan yang diberikan antaranya, kek gula hangus, kek karamel, kek sarang semut, kek sarang lebah, kek lobang-lobang. Macam-macam kan? Ed dari kecik kenal kek ni dengan nama ke gula hangus. Tu pun dari arwah mama. Sebabnya arwah memang selalu buat kek ni kerana ianya merupakan salah satu kek kegemaran papa dan kitaorang adik beradik. Setiap kali hari raya memang kek ni wajib ada atas meja. hehehhe al maklum kegemaran boss! hihihiihii.. Actually Ed pun suka kek ni. Ingat lagi time kecik-kecik dulu.. Time gigit kek ni masing-masing nak tunujk sarang lobang-lobang yang ada. Seronok makan sambil main. Lastly tak sedar bukan main banyak makan.

Sekarang Ed terpaksalah buat sendiri kek ni. HUhuuuhu kalau dulu main mintak je arwah mama yang buatkan. Tapi sekarang kene lah buat sendiri. Itu pun nasib baik resipi arwah ada lagi tersimpan elok. Sekurang-kurangnya boleh menjadi tatapan anak cucu kan?

Tidak kurang minatnya budak-budak sekarang dengan kita dulu-dulu. Adam si anak teruna Ed tu suke sangat makan kek ni haa... yang tak tahannya siap cicah dalam air teh lagi..sedap katanya. hahhahaa tok guru Adam adalah PAPA nya.. Dah tengok papa dia cicah dia pun cicah sama. Tak sangka pulak dicakap nya SEDAP mama.. mama try lah katanya. Mama mintak ampun lah yer...memang tak lah nk cicah kek  dalam air teh..hihiihihi xpe lah asalkan makan ape yang mama makan. Tu pun dah kira senang hati tengok. Walau pun penat balik kerja tapi dengan keterujaan nak mem baking... hilang semua penat..

Ok jom kita layan gambar kat bawah ok? Jangan murka kalau gambar tak berapa nak cantik okeyh? Sebabnya tok guru tak pandai nak snap gambar ni haaa..buat ke pandai..hihhihii jangan mara aaaa...



Nampak kan kesarangannya..hihiihihihi puas hatiku mem bake this cake..ngeh ngeh..


*issshhhh..korang perasan tak kek tu macam rendah sket kan?heheheh kesahnya Ed buat separuh adunan je. Then guna plak loyang besar..sebab tu lah jadinya kontot....huhuhuhu nak buat banyak takut lambat habis.

Takpe-takpe insya allah lain hari Ed buat satu adunan then pakai loyang yang tak berapa besar okeyh? Tujuannya nak nampak tinggi ngn kesarangan yang terserlah...hihuhihihi TUNNGGGGUUUU.....

No comments:

Post a Comment