Alhamdulillah..rasa nak menulis masih bertahan dari semalam..hehehe semalam ekcelly nak update lagi tapi tak sempat sebab banyak la plak keje kat opis ni haaa. Jadi, urusan pun tertunda ke hari ini. Walaupun kerja hari nie pun berlambak kan?hahhahha just nak release rase pening je nih.. Selit-selit menaip sambil siapkan kerja ni haaa..hihiih..
Berbalik kepada tajuk utama diatas, CEK MEK MOLEK? Bagi rakan-rakan yang memang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang memang mengetahui tentang cek mek molek ni..heheheh tapi kuih ni cukup terkenal dengan panggilan cek mek je berbanding cek mek molek. Kalau di Kelantan menu harus yang perlu ada di setiap kedai yang menjual kuih muih untuk sarapan adalah CEK MEK. Selain dari itu, ingat lagi masa kecik-kecik cek mek ni sedap makan time musim hujan. Masa tu Ed pernah jugak tolong arwak Mek (nenek) jual cek mek. hehehhe masa tu musim tengkujuh.. Beratur orang datang nak tunggu cek mek yang sedang digoreng, panas-panas la katakan kan? Dengan sedapnya, lembutnya, xpayah nak cerita la kan? Yang membuat pun memang pro kot maklum orang tua-tua. Jauh beza dengan cek mek buatan sekarang. Dengan kerasnya, kurang gulanya..macam-macam la tak kene kan?
Bertambah la kisah tak puas hati kalau namanya beli kan? Lebih-lebih lagi nak cari kuih ni sekitar selangor dan Kuala Lumpur..memang susah la kan? Ed pernah jugak beli di kedai, mak ai keras yang amat nak telan pun rase panjang leher-leher (panje tokok nok tele..hahha..) nak telan. Pasal gula xpayah cakap lah memang tak rase manis langsung.. Marah punya marah akhirnya berjaya jugak Ed buat cek mek ni sendiri. Modal memang tak banyak. Beli ubi keledek 1 kilo tak sampai RM4 pun. Tapi yang dapat banyak siap boleh bagi mak mertua ku lagi..hehehhe..
Tak nak dah cerita panjang, jum tengok gambar kat bawah ea? Tapi rupa paras gambar pun tak seberapa sebab tak berapa pro nak ambil gambar. Yang ada tu layan je lah yer?hihiiiii..
Dua-dua gambar kat atas ni yang dah di goreng ye kawan-kawan.. Ni je yang tinggal yang lain dah selamat di ngap!!! hihhi pape pun Ed suke lau abis. Sampaikan hubby masuk sekali je sbijik-sbijik..katanya terasa ubi, xkeras, cukup GULA! hehehe SODDDAAAPPP.. (puji diri sdr kah kah kah)
Yang ni pulak Ed freeze kan jadi macam frozen food lak kan? simpan boleh makan esoknya..puas makan!
* Credit to myself : Buat cek mek ni rase makin membuak2 rindu pada arwah mama ngan arwah mek (nenek) huhuhu.. AL-Fatihah
No comments:
Post a Comment