Jum FoLLow..

Wednesday, 13 June 2012

1 2 3 Swiss Meringue Butter cream

Assalamualaikum...dah mula rase malas nak datang kerja ni haaaa....bosan sungguh. Untuk nak mengisi masa yang macam mendodoi mata ni.. Ed nak cerita sket pasal butter cream yang Ed selalu guna dalam menyiapkan kek ataupun cupcake. Yang Ed suka ni namanya Swiss Meringue Butter cream. Sebenarnya banyak versi butter cream yang orang guna. Yang mana pemilihan adalah mengikut keselesaan masing-masing sama ada nak yang bercirikan bagaimana. Selain Swiss meringue ni Ed suke jugak pakai heavy cream butter cream. Dua-dua ni bagi Ed senang dan mudah nak buat then boleh disimpan dalam freezer untuk diguna semula kan.. Al-maklum bukan nya hari-hari Ed pakai butter cream ni.. Kalau ada yang menempah cupcake dan kek baru lah nak pakai. Kalau sebelum ni Ed banyak try and error sebelum nak dapatkan butter cream yang betul-betul menepati citarasa dan keselesaan semasa kita menggunakannya. Pasal resipi tu tak payah cerita lah macam-macam Ed cuba. Tapi alhamdulillah resipi omputih jugak yang menjadik.. huhuhu..

Sebagai contoh Ed pernah cuba dengan Basic Butter Cream tapi tak secantik swiss butter cream. Ed tak berapa nak gemar tekstur dan rase basic butter cream tu. Bila masa nak spread pada cupcake even nak coat kan pada kek pun banyak masalah.. macam tak kental je butter cream tu...huuuhuhuhu... Mungkin salah satunya disebabkan cuaca kat Malaysia ni yang sememang nya sedikit panas berbanding negara omputih kan? Bila dah panas tu tak berapa nak menjadi la kot kan? Tapi ada jugak silapnya Ed rasa.. Sebab, Ed pernah buat butter cream ni waktu malam. Bukan tujuan nak elakkan Adam dari menggangu..hehhee Adam pandang sebelah mata pun tak kalau dia tengok Ed buat butter cream. Sebabnya dia tak suka butter cream.. Tapi kalau Ed buat ganache or even simple chocolate cair baru la dia tak duduk diam..hehhehe sibuk nak rase katanya.. Kisahnya Ed buat butter cream sebelah malam cuma nak mengeksperimenkan diri sendiri je..Nak tahu hasilnya kalau kita buat dalam cuaca malam di Malaysia ni kan?hahahhaahaa... Tapi yang sedihnya, butter cream night version tu pun tak berapa nak menjadi. Tu dah kata udara malam yang sejuk lagi dingin kan? hihihihiihii... Maybe ada yang tak kena dengan cara atau pun whising machine Ed tak sehebat whising machine kedai bakery agaknya kan?huhuhuhuhu.... (garu kepala : tak kan nak kene beli whisking machine lain semata-mata nakk buat buttercream je? hmmmm... ) hehhehee..

Macam biasa la kan? Ed ni tak akan berpuas hati kalau ape yang Ed buat tak betul-betul menepati apa yang Ed bayangan. hehhehe try punya try but still tak menjadi. Jadi, Ed decide nak cari new recipe tapi godek kat blog omputih punya...hehhehhe .. Berjalan lah sesi memggogle.. google punya google dapat la carik kan? Tang baca membaca tu tak payah cerita la kan? Memang banyak yang Ed terpaksa baca. Lastly Alhamdulillah jumpa jugak dengan ape yang Ed idamkan. Then Ed terus try walau pun tak berniat na buat kek..hehhehe Alhamdulillah ALLAH MAHA MEMBANTU....Ed berjaya dengan jayanya..hahhahaa suke sangat!

Walaupun proses nak menyiapkan swiss butter cream ni agak rumit tapi hasil nye sangat lah memuaskan. Lagipun dari ape yang Ed baca, swiss butter cream ni paling konsisten dan paling senang untuk dihias diatas cupcake atau sebagai dekorasi di atas kek. Disamping rase nye yang tak terlalu manis.

Jum kita tengok Swiss Meringue Butter Cream ni eaaa...?

Ni lah rupa-rupa mereka (hahhaaa)

Aaaaa macam tu lah nak buat butter cream. Plain butter cream ni nanti akan diletakkan pewarna mengikut permintaan atau mengikut tema yang diingini...hehhehe jadi lah kan?

p/s: ok untuk Heavy Cream Butter Cream, nanti senang-senang di lain N3 Ed akan masukkan ok?

See you :)

No comments:

Post a Comment