Jum FoLLow..

Tuesday, 18 December 2012

3D Chugginton Birthday Cake

Assalamualaikum dan selamat malam buat semua..

Bersambung kembali kita malam ni dengan treats dari Ed seterusnya.. Petang ni Ed rasa nak masukkan entry yang baru Ed selesaikan pada sabtu lepas. Alhamdulillah Nur Azlin serta ahli keluarga sangat berpuas hati dengan tempahan yang Ed telah siapkan.. Syukur ke hadrat Illahi.. :)

Ed terkejut jugak time Lin hantar private message dalam FB Ed.. Pada mulanya Lin cuma tanya sama ada Ed bole buat birthday cake yang ada chugginton.. Ed jawab insya allah boleh.. So, Lin terus buat tempahan birthday cake untuk anak sulung dia Adam Firdaus. Mulanya Ed kompius jugak.. si Lin ni betul-betul ke ape sebabnya Lin tinggal di Oman, ikut suami yang dipindahkan kesana. Ed ingatkan dia cuma tanya-tanya bagi pihak orang lain. Hehehe rupa-rupanya untuk anak dia sendiri. Lin cakap nak sambut hari jadi Adam awal sebab kebetulan balik Malaysia.

Jadi, Ed terima saje tempahan Lin tu... Lin request untuk red velvet cake as a base. Then Lin nakkan cream cheese  instead of fondant untuk final finish kat kek tu.. So, si Chugginton pulak Adam suke si Wilson, ketapi merah tu.. Lin ada jugak mintak untuk tiga-tiga keta[i tu.. Ed cakap Ed akan cuba sebabnya cake hanya diselaputi dengan cream cheese bukan fondant.. Ed takut roboh sebabnya chugginton tu a bit heavy walaupun dibuat daripada fondant..

Jom kita tengok je rupa kek hari jadi Adam Firdaus yang ke empat ni ye?

Top view.. how the cake looks like.. i love it!
Hand write : Happy 4th Birthday Muhammad Adam Firdaus ..
A bit closer..
Smiling Wilson, the chugginton
Happily on his railway..
Just wanna looks real.. I'm adding the sands..
Ready inside the box.. how sweet!
Top view... I love Wilson the chug..
Alang-alang Ed dah masukkan entry untuk Red Velvet birthday cake, Ed just nak remind tentang harga... Untuk 2kg cake base, Ed charge harga bermula RM90 (dengan simple decorations using cream cheese). Harga akan bertambah untuk hiasan-hiasan tertentu. Lebih-lebih lagi dengan 3D fondant seperti diatas..

Akhir sekali Ed nak ucapkan jutaan terima kasih buat Nur Azlin kerana mempercayai kak Ed untuk kek hari jadi Adam...

Monday, 17 December 2012

Chocolate Cupcakes

Continue..

Hehehe Ed teruskan lagi N3 malam ni dengan tempahan dari kawan kepada adik ipar Ed. Actually nama kawan adik ipar Ed tu pun Ed tak tahu.. hahhaha tak sempat nak tanya kononnya..Ed just panggil Dia je la yer? hehehe jangan marah tuan empunya badan.. hihihi nanti lain kali kita berkenalan ok? Si dia buat tempahan untuk chocolate cupcakes.

Jom kita terus je tengok rupa cupcakes dia ok?

Sebelum dihantar kepada si Dia.. hehe
The batter.. ready in line based with paper cups...
Close up..
Extra batter for my son, Adam.. harus ada! hahaha
My rose... pretty!
Small flower in tower.. :)
Big swirl topped with yellow sugar..
Skirt motif..topped with chocolate rice
Swirl with pink sugar
Big tip surrounded by small tip..
Ready inside the transparent box..
Yuhhuuuu...dah siap.. Dah lama selamat sampai pada si Dia sebenarnya.. hehehe maaf kan tuan tanah ye.. Al maklum dah lama blog Ed nk bersarang.. Perangai malas lebih menguasai.. hahhaa.. Harap-harap tak serik.. Boleh order lagi lain kali kalau rasa nak makan lagi.. hehe mudah-mudahan..

Glazy Cornflakes

Assalamualaikum untuk semua...

Entry malam ni bersambung kembali.. hehhehhe sambil-sambil nak release tension.. huhu.. Actually cookies ni Ed buat semasa sambutan Hari Raya Haji lagi.. Tempahan untuk Hari Raya Puasa pun Ed tak sempat nak update kat blog Ed ni.. Sebabnya penat tak larat nak memerah otak mengarang entry... hahha..

Glazy Cornflakes ni memang menjadi kegemaran ramai.. Termasuklah anak Ed si Adam.. Kalau dulu masa Ed sekolah, arwah mama selalu uat biskut ni sebab Ed adik beradik memang suka sangat dengan biskut cornflakes ni. Antara penyebab biskut ni sedap adalah sebab ada banyak ingredients.. hehhe ccontohnya cornflakes sendiri, black kismis, sultana, sunflower seeds, pumpkin seeds, almond nuts, honey, butter.. Ramuan setiap bahan-bahan memang rich.. hehe sebab tu biskut ni sedap...tengok pun memang glazzy.. lagi sedap.. hehhe jom kita tengok gambar-gambar tayangan biskut ni ok?

Final picture actually.. hehehe tapi nak letak jugak yang ni dulu.. nak tunjuk hasil akhir je yang sebenarnya..
First step..masak dulu dried fruits..tak nak bagi rasa yang lain macam..end up nye rasa pun lagi sedap.. :)
MAsak bai betul-betul mendidih..
Yang ni pun dah nampak best! kah kah kah..(puji diri sendiri)
Ni pulak dry ingredients.. cornflakes and all the seeds...
Dah bersatu semua... Ready nak masuk small cup..
Dah siap.. in line dah pun.. bergambar dulu sebelum masuk oven.. hehe
Close up..
Dah siap entry cornflakes.. Ed dah lama bukak tempahan untuk glazy cornflakes ni.. Alhamdulillah ramai customers yang buat repeat order selepas yang pertama.. Terima kasih tak terhingga buat semua..:)

* REMINDER : HARGA GLAZY CORNFLAKES COOKIES
                       RM 20 / CONTAINER (approximately 50pcs )

Saturday, 15 December 2012

White Chocolate Chip Cookies

Salam semua...

Nak sambung lagi N3 untuk malam ni.. hehehe mesin masa kali ni lagi jauh kita angkau! hahaha.. kita ke tempahan untuk sebelum hari raya haji.. hahhahaa

Chocolate chip cookies ni sangat sedap dengan kemewahan chocolate chips kat dalam tu.. Disedapkan lagi dengan a touch of cinnamon.. memang tak puas dengan hanya satu bite sahaja..

Hasilnya... kaler macam brown tu bukan hangus tau..hehheee.. version cookies ni memang sedap dengan rupa macam ni sebabnya biskut akan jadi lebih rangup.. nyum nyumm
Dah siap beratur bersedia masuk oven.. rupa before bake memang tak berapa menawan..hehe tapi bila siap..memang wallah!
Close up...sangat soft kan? hehehe
Close up for 1 of them..
 Kepada yang berminat untuk membuat tempahan, Ed sangat mengalu-alukan.. Just let me know..


Caramel Cake

Another treats sempena hari raya haji lepas... Caramel cake tempahan dari Yati Huri (ex office mate). Tempahan 2 biji caramel cakes untuk dibawa balik sempena hari raya haji..

Ed tak nak cerita panjang.. Sebabnya kebanyakan pelanggan Ed dah kenal dengan caramel cake ni. Kek yang super soft dengan isian caramel tambahan dengan rasa bitter sweet.. Gabungan yang enak untuk sebiji kek.. hehehe jom kita layan gambar kedua-dua kek Yati ni yer?

Ed buat dalam dua kombinasi warna.. sekadar cuma memberi kan kelainan warnna... Supaya nampak lagi menarik dan cantik..



 First caramel cake : its pink and yellow!


Second caramel cake : its green and orange!



Credit to Yati Huri.. Terima kasih diatas kepercayaan anda.. Sila teruskan sokongan untuk homemade-deli-treats:)


Orange Cupcakes

Salam..

Hehehe.. jom kita masuk mesin masa beralih ke masa lampau! hahhaa.. Entry ni Ed nak masukkan tempahan Hari Raya Haji lepas.. Tempahan 100pcs orange cupcakes. Kek oren yang sangat sedap, gebu dan lembut.. soft like cotton.. hehhee.. Jom tengok gambar kat bawah ok?

Super soft cake! Terliur tak tengok? hehehe.. Kek ni jadi super sedap sebab Ed buat dengan fresh orange..so rasa memang 100% fresh..

 Berbaris untuk masuk oven... nampak kan batter yang soft tu? hehehe..

 Nampak tak tompok-tompok oren dalam batter tu? hahhaaa tu lah rahsia kek ni jadi sedap...! Just try and u will love it!

 Berbaris lagi.. 2nd batch..

Hot from oven... kek ni tak ada sebarang topping sebabnya pelanggan Ed ni just nak jamu orang-orang yang bergotong royong semasa proses menyembelih lembu.. 

Siap... Sesiapa yang ingin menempah, sila berbuat demikian dengan menghubungi Ed di talian 017-9166451 .. cheese :)

Blackcurrant Roll Cake

Assalamualaikum...

Selamat malam untuk semua.. Memulakan update blog untuk bulan disember setelah sebulan treats terperam! huhuhu.. sifat semulajadi malas memang membuak-buak.. hahaha sampai tak boleh nak tahan.. hehehe

Blackcurrant roll cake ni Ed buat untuk incik Hubby je.. Permintaan terhormat dari yang tersayang.. haha.. tapi full picture lupa nak snap.. Tak sedar, daah tinggal 2 potong baru ingat belum ambik gambar.. Walauun sebelum siap bukan main duk ambik gambar... hahhhaa layan la jugak yer

Deretan ke gulung sedia untuk dingap oleh budak Adam.. hehe 

Sebelum digulung.. isian blackcurrant yang sangat best.. yummieh 


Selamat menengok yer?

Selesai sudah entry untuk incik hubby.. walaupun gambar tak berapa nk santik... hehhe yang penting sodap! Kejap je laki-laki berdua habiskan..
 

Monday, 19 November 2012

Chocolates

Sambungan kepada treats sempena hari lahir Adam.. CHOCOLATES!!! Kids love it!!! Sebab kan budak-budak sukakan chocolates, Ed buat la sikit-sikit chocolate ni untuk goddie bag birthday Adam hari tu... Adam tersangat excited dengan chocolates tu semua sebab empunya badan memang HANTU COKLAT! hehehe.. suke tengok..

Meh Ed tunjuk semua chocolate yang Ed dah buat untuk anak kesayangan Ed ni..


 It's chocolate shells.. centered with almond nuts..
RM 0.90 - min order : 50pcs

 Single love chocolates - centered with nuts
RM1.00 - min orders : 50pcs

 Chocolate rosses.. centered with nuts..
RM0.90-min orders : 50pcs
RM1.00 (in any different colors) - min orders : 50pcs


 All the prices above are includes simple packaging as above.. 
eg: comes with plastic wrap


Personal Image Chocolate 
(Boleh ditempah untuk personal images mengikut permintaan)
RM1.60 - min orders : 50pcs

Price also include simple packaging and sticks..

Alang-alang dah masukkan entry untuk chocolatesni.. Ed just retype price list tuk chocolates under homemade-deli-treats ni... sebarang tempahan untuk sebarang majlis amat dialu-alukan..

Just give me a call or just left me short messages to 017-916 6451