Salam semua..
Kembali bersambung di N3 ke-2 untuk hari ini.. Huhuhu nak cerita pasal produk terbaru Homemade Deli Treats je.. Kisahnya treat ni Ed dah keluarkan minggu lepas tapi belum sempat nak update kat blog. Maaf sebab tak sempat..rasa kecewa jugak kan.. nak buat macam mana.. Tapi tak pe..sekarang tengah sempat..
Berbelik kepada cerita Moist Chocolate Cake centered with Cream Cheese Layer (panjang beno nama kek ni .. hahhaa). Kek ni ada 3 lapisan atau 2 lapisan mengikut kesukaan anda.. Ed boleh buatkan, tak jadi masalah..no worries kata omputih,..hehhee. Untuk yang 2 layer, lapisan bawah adalah kek coklat. Di akhiri dengan lapisan cheese kat atas. Insya allah akan ada sedikit hiasan bagi nak menaikkan kesuraman warna putih cheese kat atas tu.. Contohnya seperti gambar kat bawah ni yer? Jom tengok dulu..
|
Lapisan kek coklat dibawah. Lapisan cheese diatas. Diakhiri dengan sedikit chocolate sebagai dekorasi. Nak bagi nampak comei katakan.. hihihi.. |
|
|
|
Untuk pilihan yang kedua, 3 lapisan. Yang mana macam biasa, lapisan kek coklat adalah di lapisan paling bawah. Ditengah pula lapisan cheese dan ditutup kembali dengan apisan kek coklat sebagai lapisan terakhir. Seperti gambar kat bawah ni yer?
|
Contoh 3 lapisan. Lapisan cheese diapit dengan lapisan kek coklat dibawah dan diatas.. |
|
|
Sekian sahaja untuk pembukaan treat baru kami ni yer? Kepada sesiapa di luar sana yang ingin mencuba, dipersilakan untuk menghubungi Ed terus di talian 017-916 6451 / 03-8733 0954. Sekian terima kasih.