Macam mana dengan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun nie?Sama tak dengan sambutan Hari Raya Puasa? Yang Ed tahu kalau sambutan di belah pantai timur memang meriah...kadang tue kalah sambutan raya puasa. Tapi yang sedihnya tahun ni Ed tak dapat balik beraya di Kelantan. Sebabnya dearie hubby tak dapat nak cuti kerana kekurangan staff. Tahun ni kali ke-2 Ed beraya di Kajang. Setakat ni alhamdulillah boleh dikatakan seronok jugak walaupun tak semeriah beraya di kampung sendiri.
Ed ucapkan tahniah kepada semua kawan-kawan yang telah berkorban. Moga pengorbanan yang diberikan pada tahun ini mendapat keredhaan serta keberkatan dari Ilahi...Amin. Kepada yang memang "alergik" ngan daging lembu jangan la makan banyak2 yew?nanti lain jadinya..hehehe..walaupun berkorban, jangan la pulak korbankan kesihatan kawan-kawan semua ye... ok lah..banyak lak bercerita..Ed sebenarnya nak masukkan n3 baru tuk raya hai ni...
Pinenapple Roll Tart
Order from Zima, Kak Yah & Eina.
Hehe...ni tart nanas tau...so sorry sebab memang tak sempat nak amik gambar biskut sebelum buat packaging..sebenarnya Ed rush buat biskut kali ni..Hari jumaat baru Ed start buat..nak kejar sebelum ahad kataan..Nasib baik sempat siap semua order...alhamdulillah..
Tapi kalau kawan-kawan nak tengok rupe biskut tart ni sebelum masak boleh...silalah tengok entry Ed sebelum ni ye?Maaf sangat2 disebabkan ketidak sempatan ini... hehehe... peace!!!
Almond London
Rupenya almond london setelah dicelup kedalam coklat. So, kene biarkan coklat sejuk terlebih dahulu sebelum diisi kedalam bekas.
No comments:
Post a Comment