Jum FoLLow..

Wednesday, 20 June 2012

Fruit Cake a.k.a Kek Buah

Assalamualaikum buat rakan-rakan semua. Juga salam sejahtera untuk hari yang cukup indah. Ed doakan semua berada dalam keadaan baik dan terbaik sempena nak menyambut 1 Syaaban esok hari. Insya allah moga-moga ALLAH permudahkan segala urusan bagi menyambut kedatangan Ramadhan al-mubarak yang mulia. AMIN...

Seprti yang dijanjikan, Ed nak masukkan entry Kek Buah a.k.a Fruit Cake kalau bahasa omputih nya kan?hehhehe.. Ed sebenarnya suka dengan kek buah ni. Tapi kalau yang beli kat kedai tu kek terlampau manis. Tak dapat nak makan puas-puas tapi dah tak boleh nak tahan manis sangat. Beli pun Ed beli yang packaging kecil je sebab lambat nak habis. Tu pun beli kalau dah teringin sangat.. hehhehe tapi sekarang ni Ed dah tak beli sebabdah jumpa resipi lama dalam buku resipi arwah mama. Alhamdulillah bila Ed try bake kek buah ni buat kali pertama bulan Mac lepas, menjadik! hehhehheeh adik Ed si Nurul Idura kebetulan datang rumah bulan tiga lepas, bagi lah dia rasa. Katanya sedap macam kek buah Amway kita makan dulu-dulu. hahhahaha entah lah Ed bukannya ingat kan?hahhahhaa tapi adik Ed ni jenis yang ingat je kenangan kecik-kecik kitaorang dulu. Ed iyakan aje lah..hahhaha janji dia cakap sedap!

Versi ni Ed dah buat kali kedua. Niatnya nak buat sample untuk rakan-rakan. Mana tahu ada yang nak tempah untuk raya nanti ke kan? Insya allah tempahan masih terbuka. hehhehe. Kita layan gambar kek buah ni dulu ea?

 Kosong je tanpa hiasan... ready to next stage..hihi

 Dengan hiasan ceri (dengan harapan ceri ni nampak bila masak...huhuhuhu hampeh!xnampak pun kat atas kek.. (credit to Mat Gebu sebab Ed ada tengok Mat Gebu letak ceri kat atas kek buah dia.. nampak macam cantik, so Ed tiru..huhuhuhu sebelum ni Ed tak pernah deco pun kat atas kek tu...cukup dengan ceri yang sedia ada kat dalam mixfruit tu je...ntah tiba-tiba nak tiru..maaf ye Cik Mat Gebu.. lain kali dah tak letak kot sebab tak nampak ape pun bila dah siap kek tu..huhuhu)
 Dah siap...tengah nak sejukkan..

 Tengok tu..mana ada un ceri yang Ed letak tadi..tak nampakpun..so lain kali memang Ed tak nak letak dah..huhuhu

Cake in different angles....

Dah masuk transparet box.. size nya 8' x 8'

Nak tengok rupa paras kek buah ni tak? Jom kita tengok ape jadi kat dalam pulak ea?huhuhuhuhu macam jadik..hehehhee..
 Tengok..ceri dah jatuh nun jauh ke bawah..huk huk huk huk..harapan musnah sudah! (hihihihi bayangkan ceri tu akan still berada kat atas. Maybe sebab Ed pakai ceri hiasan yang basah tu..that's why ceri tu turun kot..lupe pulak kan? )..

Inside view with different angles... Kat dalam tu ada jugak campuran kacang badam yer.. rasa gigitan kacang best jugak...

Dah siap pun kek buah yang dijanjikan ni.. Alhamdulillah tempahan akan dibuka. Kepada sesiapa yang berminat ada boleh laksanakan tempahan anda dengan menghubungi Ed.. Sekian terima kasih..

p/s: Sila rujuk sudut kiri blog ini bagi rujukan harga untuk setiap treats di homemade-deli-treats. <3<3<3

Tuesday, 19 June 2012

Biskut Tepung Jagung

Bersambung lagi selepas menjamu mata dengan kek meringue Ed kat bawah tu yer?hehehhee.. saje je nak buat korang meleleh air liur terutama si _mama zikri_ .. hahhahaa ntah ntah puasa mama hari nie.. Mahapkan hamba yer mama? kui kui kui...

Ed buat biskut nie sebab nak hilangkan mengidam si Nurul Idura Azlan tu haaa...mengidam sangatsangat katanya. Teringin nak makan dari mengandung si Durratul Iman lagi... Tak ke kesian tu kan? Emmm.. buat lah si Ed untuk adik nye nni kan... Buat dengan harapan ada yang lebih.. huhuhu haram nak lebih. Rupa-rupa si Adam biskut ni pun dia telan tak henggat! Geleng epala Ed tengok... Huhuhu tapi Alhamdulillah Adam ni jenisyang nak makan aje.. Kadang bersyukur jugak sebab setengah mak-mak sekarang ni duk risau anak-anak susah nak makan. Tapi Ed tak de masalah.hahhaha tapi kene catu pulak si Adam sekarang ni dah 25kg! hahahhaaaa,.... hambik kau makan cookies banyak sangat kan? Susu tu tak payah cerita lah... maca, baby Adam minum sampai 6-7 kg sebulan.. caiiyyokkkk dear son! (huhhuhuhu )

Jom tengok biskut lah yer?
Lonely Dahlia... hehehe

 Some of them.. waiting for their turn.. gorgeous!

Close up..all of them.. comei sangat biskut nie..sangat terserlah dengan ceri meerah diatas..nyum nyum.. tunggu siap bake okey?

Taraaa... dah siap! sedia untuk masuk mulut Adam!hahhaahaa orang tengah sejukkan cookies ni dia dah songlap masuk mulut. Tengok-tengok dah hilang! hehhehehe.. suke lah tu..

Alhamdulillah.. biskut-biskut nie Ed dah selamat pos ke Penang. Insya allah esok akan di terima oleh Nurul Idura Azlan ye? Jangan tak boleh tidur pulak malam nie.. Fikir biskut mana tahu dia memang suka berimiginasi..hahhahhaa.. yang penting sila komen ye NIA?

Daaaaa...jumpa di lain N3 dengan treats yang Ed dah janjikan minggu lepas... FRUIT CAKE! stay tuned!

Happy Father's Day

Assalamualaikum... Salam muhibbah di petang yang nan panas terang benderang ni yer?hehhee cerah je cuaca. Sape-sape yang jemur kain tu memang dah garing ni..dah boleh nak angkat..hihihhii... Lau garing-garing macam ni la best nak lipat kain..senang lentik tak payah iron! Jimat letrik..hehhehhe..

Entry Ed petang ni adalah rentetan sambutan Hari Bapa pada Ahad (17 Jun 2012) lepas. Alhamdulillah.. dapat jugak buat sebiji kek buat hubby ku tersayang.. hehehhehe buat Papa ku yang jauh memang lah tak dapat nak rasa. huhuhuuhuhu.. Insya allah lain kali bila balik Kota Bharu anakanda mu ini akan masak..hehhehhe (cuti raya puasa la kot hahhahhaa...). Juga kepada bapa mertuaku yang memang sedia tinggal berdekatan. Selamat Hari Bapa buat semua hero-hero yang sentiasa disisiu..yang sentiasa dihatiku... hehhehe..

Hari tu Ed buatkan kek yang sememangnya berlainan dari biasa.. bukan ape, sempena nak menyambut hari istimewa yang sememangnya istimewa buat hubby ku...hehhehe chewwwahhh.. Kek tu namanya Chocolate Meringue Cake. Kisah nya kek tu banyak lapisan. Tapi Ed buat 3 lapisan je.. yang sepatutnya 5 lapisan..hehhee . Lapisan paling bawah adalah lapisan kek. Lapisan ke-2 pula lapisan meringue. Dan yang ke-3 lapisan cream bersama garnish yang diminati. Ed guna buah kiwi je..hehhee saje tak nak letak berrries sebab anakanda ku Adam tak suke berries..huhuhu..

Jom kita tengok hasilnya eah?

 Tunggu betul-betul sejuk baru boleh keluarkan dari loyang nie.. tungguuu..

 Zoom in...

Full image..
 Close up..

 The layers... nyum nyummmm..

 Sedap nye..hihihihhii..

Close uplayers..hehhehehe mantops rase die..hehhee

Last but not least.. diharapkan kenkawan semua terhibur dengan paparan gambar-gambar yang sangat meyelerakan ni yer? chowww.... muaahhhssss..




Thursday, 14 June 2012

2nd Batch of My Homemade Pineapple Jam

Salam di pagi Khamis yang sangat segar di sebalik mataku yang tak henti-henti kuyu..hahhahaaa tengah nak mendodoi mata la ni.... huhuhu mengantuk sungguh ku rasakan di pagi ini. Kalah hari-hari yang hebat seperti sebelumnya. hihihihi.. Macam biasa tak nak bagi mengantuk Ed akan menggodek blog dan update ape yang patut walaupun N3 terbaru dari pelanggan-pelanggan comel Ed masih belum ada... hehhehehe

Pagi ni Ed macam nak update Ed punya homemade pineapple jam. Yang ni Ed buat hujung minggu lepas. As my early preparation before I start doing my cookies baking especially for pineapple roll tarts. Yang Ed buat ni dah masuk 2nd batch untuk stok raya tahun ni (2012). Kisahnya jam ni akan berlanjutan sampai ke batch 5@6 insya allah. Moga-moga ALLAH permudahkan segala usaha dan urusan Ed dalam nak menyiapkan setiap tempahan dari pelanggan. AMIN....

Untuk 2nd batch ni Ed guna 8 biji nanas jenis Moris je... (nanas yang besar dabak tu kan? Nanas yang best lagi rangup!hehhehhe). Masa 1st batch hari tu Ed buat dengan 7 biji nanas Moris je.. (sikit ke kawan-kawan?huhuhuhu punya lah seksa nak sagat nenas tu..huk huk huk nak habiskan sebijik pun macam-macam rase ada dalam kepala.. patut lah jam nanas kat kedai tu mahal kan? nak buat bukan main payah. Tapi yang ready made tu diaorang tak sagat, main masuk blender je kasi blend sampai halus. huhuhu Ed's version ni kira arla tradisional la sebab Ed tak nak hilangkan rase asli jam tu sendiri.. Yang syok nya bila makan rase urat-urat nanas tu kan? Tu la istimewanya homemade jam Ed nie... hehhehhe..pasan!)

Apa-apa pun harap-harap diriku ini gagah untuk menyiapkan target jam untuk tahun ni..huhuhu mohon bantuan encik suamiku tercinta lagi tersayang..hehhehe bantuan anda sangat diperlukan supaya kerja-kerja penyagatan dapat diselesaikan dengan jayanya..hehhehehhe

Nak tengok tak jam tu? Jom layan okeyh? hhehhehhehe...
 Hasilnya selepas habis disagat..

 Yang ni plak sama je macam gambar kat atas tapi yg ni Ed tukar pada foliage mode sebab nak bagi nampak air-air nanas yang manis tu..hehehe

 Dua-dua kat atas ni Ed close up kan.. dengan harapan rerambut nanas tu nampak..hehhhee tang ni la syok nya makan jam nanas.. :)

Nak kene tunggu sampai air betul-betul kering sebelum step seterusnya..

Kemudian...,
 Dimasukkan bahan yang meletops ini ke dalam.. Then tunggu la gi sampai kering..

Seterusnya.....
Pemanis iaitu gula dimasukkan.. Tunggu lagi sampai betul-betul kering bagi mengelakkan sebarang kecacatan dalam biskut tart kita nanti ye puan-puan..hehhehhe

owh... time ni la yang amat menyeksakan..huhuhu nak kene kacau sentiasa bagi mengelakkan jam kita hangus begitu saje yer (so part ni Ed memang takut sebab tu Ed guna dapur letrik yang boleh alih supaya Ed dapat duduk time nak kacau..lau tak memang ber muscle-muscle lah lengan Ed yang ayu ni...ahakssss.... bukan ape..lenguh beb! mahu cramp tangan tak boleh nak buat ape 2-3 hari.. Tak ke naya..hehhehe)

Meh tengok jam yang dah hampir nak siap nie..hehhee
 Tu lah rupe mereka semua ye...hairy tak?hehheee

Setakat itu sahaja gambar yang dapat di snap hari tu..huhuhu penat menanti kesudahan cerita jam ni..hahhaha Ed penat mengacau rasa lenguh macam loose je tangan.. Disebabkan faktor inilah Ed buat jam ni by batch...Ed rase tak berapa upaya je nak buat sekali gus 50biji nanas kan? owh memang demam la kot lau Ed gagah jugak buat..hahhahaa.. 

p/s : N3 seterusnya Ed ada nak bukak tempahan baru. Kepada sesiapa yang minat dengan KEK BUAH a.k.a Fruit CAKE stay tune ok? wait for my next N3..

See you... daaaaaa...

Wednesday, 13 June 2012

1 2 3 Swiss Meringue Butter cream

Assalamualaikum...dah mula rase malas nak datang kerja ni haaaa....bosan sungguh. Untuk nak mengisi masa yang macam mendodoi mata ni.. Ed nak cerita sket pasal butter cream yang Ed selalu guna dalam menyiapkan kek ataupun cupcake. Yang Ed suka ni namanya Swiss Meringue Butter cream. Sebenarnya banyak versi butter cream yang orang guna. Yang mana pemilihan adalah mengikut keselesaan masing-masing sama ada nak yang bercirikan bagaimana. Selain Swiss meringue ni Ed suke jugak pakai heavy cream butter cream. Dua-dua ni bagi Ed senang dan mudah nak buat then boleh disimpan dalam freezer untuk diguna semula kan.. Al-maklum bukan nya hari-hari Ed pakai butter cream ni.. Kalau ada yang menempah cupcake dan kek baru lah nak pakai. Kalau sebelum ni Ed banyak try and error sebelum nak dapatkan butter cream yang betul-betul menepati citarasa dan keselesaan semasa kita menggunakannya. Pasal resipi tu tak payah cerita lah macam-macam Ed cuba. Tapi alhamdulillah resipi omputih jugak yang menjadik.. huhuhu..

Sebagai contoh Ed pernah cuba dengan Basic Butter Cream tapi tak secantik swiss butter cream. Ed tak berapa nak gemar tekstur dan rase basic butter cream tu. Bila masa nak spread pada cupcake even nak coat kan pada kek pun banyak masalah.. macam tak kental je butter cream tu...huuuhuhuhu... Mungkin salah satunya disebabkan cuaca kat Malaysia ni yang sememang nya sedikit panas berbanding negara omputih kan? Bila dah panas tu tak berapa nak menjadi la kot kan? Tapi ada jugak silapnya Ed rasa.. Sebab, Ed pernah buat butter cream ni waktu malam. Bukan tujuan nak elakkan Adam dari menggangu..hehhee Adam pandang sebelah mata pun tak kalau dia tengok Ed buat butter cream. Sebabnya dia tak suka butter cream.. Tapi kalau Ed buat ganache or even simple chocolate cair baru la dia tak duduk diam..hehhehe sibuk nak rase katanya.. Kisahnya Ed buat butter cream sebelah malam cuma nak mengeksperimenkan diri sendiri je..Nak tahu hasilnya kalau kita buat dalam cuaca malam di Malaysia ni kan?hahahhaahaa... Tapi yang sedihnya, butter cream night version tu pun tak berapa nak menjadi. Tu dah kata udara malam yang sejuk lagi dingin kan? hihihihiihii... Maybe ada yang tak kena dengan cara atau pun whising machine Ed tak sehebat whising machine kedai bakery agaknya kan?huhuhuhuhu.... (garu kepala : tak kan nak kene beli whisking machine lain semata-mata nakk buat buttercream je? hmmmm... ) hehhehee..

Macam biasa la kan? Ed ni tak akan berpuas hati kalau ape yang Ed buat tak betul-betul menepati apa yang Ed bayangan. hehhehe try punya try but still tak menjadi. Jadi, Ed decide nak cari new recipe tapi godek kat blog omputih punya...hehhehhe .. Berjalan lah sesi memggogle.. google punya google dapat la carik kan? Tang baca membaca tu tak payah cerita la kan? Memang banyak yang Ed terpaksa baca. Lastly Alhamdulillah jumpa jugak dengan ape yang Ed idamkan. Then Ed terus try walau pun tak berniat na buat kek..hehhehe Alhamdulillah ALLAH MAHA MEMBANTU....Ed berjaya dengan jayanya..hahhahaa suke sangat!

Walaupun proses nak menyiapkan swiss butter cream ni agak rumit tapi hasil nye sangat lah memuaskan. Lagipun dari ape yang Ed baca, swiss butter cream ni paling konsisten dan paling senang untuk dihias diatas cupcake atau sebagai dekorasi di atas kek. Disamping rase nye yang tak terlalu manis.

Jum kita tengok Swiss Meringue Butter Cream ni eaaa...?

Ni lah rupa-rupa mereka (hahhaaa)

Aaaaa macam tu lah nak buat butter cream. Plain butter cream ni nanti akan diletakkan pewarna mengikut permintaan atau mengikut tema yang diingini...hehhehe jadi lah kan?

p/s: ok untuk Heavy Cream Butter Cream, nanti senang-senang di lain N3 Ed akan masukkan ok?

See you :)