Jum FoLLow..

Friday, 21 September 2012

PRICE LIST FOR HANDMADE CHOCOLATE

1. Couverture Chocolate Praline

 With nuts or sultana inside (with request)

< 100pcs = RM1.00
> 100pcs = RM0.90
> 500pcs = RM0.80
> 1000pcs = RM0.70

2. Chocolate Praline (Compound)
 Kiri : Chocolate Praline (compound)
Kanan On Top : Chocolate Rose (compound)
Kanan at bottom : Chocolate Alphabet (compound)

2.1 Chocolate Praline Compound
< 100pcs = RM0.90
> 100pcs = RM0.80
> 500pcs = RM0.70
> 1000pcs = RM0.60

2.2 Chocolate Rose
- with colors = RM1.00/pcs
- plain = RM0.90/pcs

2.3 Chocolate Alphabet
- RM1.20/pcs

* Harga termasuk stick dan transparent plastic pack.

3. Lollichocolate
M size
RM 1.50/pc - berwarna
RM 1.30/pc - plain

L size
RM 1.80/pc - berwarna
RM 1.60/pc - plain

*Harga termasuk stick and transparent plastic pack.

4. Flowery or Hearty Chocolate Oreo



RM 1.50 - RM 1.70 / pc
(depends on packaging - with golden box or plastic pack)

* Juga boleh didapati dalam bentuk hati (tiada dalam gambar)
* Harga termasuk biskut dan kotak.

5. Chocolate Oreo Edible Image
RM 2.00 / pc
* Harga termasuk biskut dan kotak.

6. Chocolate Oreo with Personal Image
* Chocolate Oreo dengan imej sendiri seperti gambar anak / keluarga yang di tempah khas.
RM 2.50 / pc

* Harga termasuk biskut dan kotak.

Contoh gambaran dalaman biskut oreo di dalam chocolate.

Great Orders from my lovely Kak Nina - Choc Cake , Rainbow Caramel Cake & Orange Cake



Assalamualaikum...

Entry malam nie Ed masukkan pulak himpunan tempahan dari seorang kakak yang sangat lovely..hehhe my dearest Kak Nina. Kak Nina buat tempahan untuk Jamuan Hari Raya Agensi Nuklear Malaysia Bahagian Agroteknologi dan Biosains (BAB). Tempahan tu semua Ed dah selamat hantar pada 14 september lepas. Alhamdulillah dan jutaan terima kasih untuk Kak Nina.. :D

Kak Nina menempah tiga (3) jenis kek iaitu Kek Coklat, Rainbow Caramel Cake dan Orange Cake. Ketiga-tiga kek berkenaan berbentuk empat segi katanya nak memudahkan proses memotong.. hehe

Jom Ed tunjuk satu-satu ea setiap kek untuk Kak Nina ni..





Pertama untuk kek coklat.. semua gambar-gambar kat atas adalah rupa kek coklat berkenaan.. My ultimate choc cake with simple chocolate ganache finished with simple dottie buttercream and did some handwritting - Jamuan Raya BAB 2012.

Beralih pula kepada kek kedua iaitu Rainbow Caramel Cake :

 1st layer : the caramel sugar

 2nd layer : Cream Caramel

 3rd layer : The cake



 Side views...

Close up .. showing you the double layer of my cream caramel..

How it end ups... :-)

Kak Nina request for purple, bright red and blue colors.. Maaf ye sebab tak dapat nak snap gambar kat dalam sebabnya tempahan dari seseorang.. Kalau nak tengok rupa dalaman sila rujuk N3 Ed sebelum ni untuk rainbow Caramel cake..

Jom kita beralih kepada kek yang ketiga iaitu Orange Cake :

 hehee.. tengok oranges yang Ed guna dalam kek ni.. Besar tak? Untuk pengetahuan semua Ed hanya gunakan original orange juices and also the zest dalam membuat kek oren ni.. (no artificial colorings ok?).

 The flour that I use in my cakes.. especially for this cake and my others cake.. 

 Last but not least, I also use pure creamy butter. Salah satunya adalah brand SCS ni.. Ed biasa guna butter ni untuk kek lapis jugak bagi mendapatkan hasil kek yang lebih creamy..

 The orange batter cake..


Tujuan sebenar nak close up nak bagi nampak zested of oranges kat dalam kek tu..huhu tapi tak berjaya.

Mohon maaf jugak sebab Ed tak sempat nak snap hasil akhir kek oren ni..huhuhu sebabnya terkejar-kejar nak bersiap hantar kek sebelum terus ke Sri Kembangan untuk hadiri handmade chocolate class disana bersama Arah Chocolate!

Akhir sekali jutaan terima kasih sekali lagi buat Kak Nina atas semua tempahan berkenaan. Dan maaf sebab tak dapat tunjuk gambar akhir untuk Orange Cake tu yer? hehehhe kalau Kak Nina ada snap one of them pleasa share.. I'll really appreciate that..

Thursday, 20 September 2012

Kek L@pis Prune

Assalamualaikum..

Petang ni Ed nak cerita pasal kek lapis kat bawah ni tau.. :D

Rehat-rehat di petang hari macam ni dengan menikmati caramel sambil menaip dan mengemaskini blog sungguh menasyikkan.. nyum nyum.. rasa bittersweet caramel sangat sedap!!! hehehe..(nanti Ed update pasal caramel ok?sabar2..)

Berbalik kepada niat asal petang ni.. Ed nak update tentang tempahan yang dibuat dari seorang pakar bedah di Hospital Serdang. Tempahan diterima melalui sepupu Ed yang bekerja di hospital yang sama sebagai Jururawat. Mr. Hirman menempah sebiji kek lapis prune bersaiz 8'x8' dengan berat 1.3kg.

Alhamdulillah berkat Ed menghantar sample ke Hospital berkenaan, ada jugak tempahan yang sangkut. Insya ALLAH tempahantempahan lain akan menyusul. Jugatidak dilupakan kepada Kak Ayu (sepupuku) kerana bermurah hati menolong Ed.. hehhehe

Jom Ed tunjukkan gambar-gambar kek lapis prune yang terlibat ye? Tapi isi dalaman tak dapat nak tunjuk sebab sebijik tak dapat nak potong..kalau potong lari la pulak saiz yang sepatutnya kan?


 Yang ni Ed tunjukkan layer yang ada isi prune.. nama pun lapis prune kena lah ada buah orune kan?kan?kan? hehhee.. nampak sedap



 LApisan prune yang dah masak dan sedia untuk di layer dengan plain batter lagi..bagi nak dapatkan effect lapis yang cantik... browning yang sanagt menyelerakan....

 Ni lah trick nye... lapis semula dengan plain batter.. selepas layer yang ada prune yer?



 Yang ni semua lapisan teratas..merangkap lapisan penyudah untuk kek lapis prune ni.. Yang last layer ni Ed hiaskan dengan setengah biji buah prune.. sebabnya nak bagi nampak buah prune..kalau taj nanti orang tertanya-tanya pulak ape ke benda panjang-panjang tu kan..hehee (tapi dah letak separuh pun ada gak yang tanya buah ape yang Ed letak! kah kah kah)



Tarraaa... dah siap bakar keseluruhan kek lapis ni.. rupa atas macam yang Ed tunjuk kat atas tu yer? nampak lagi glow dengan sedikit sentuhan ceri merah dan hijau...

Alhamdulillah.. Terima kasih sekali lagi untuk Mr. Hirman (Surgeon at Serdang Hospital) di atas tempahan anda.. hehehe harap-harap tempahan lain akan menyusul nanti.. Insya ALLAH. :D


Tuesday, 18 September 2012

Fruit Cake


Assalamualaikum dan selamat pagi dearies.... :)

Pagi-pagi ni Ed nak cerita pasal kek buah.. Pertaman sekali alhamdulillah Ed panjatkan dengan rezeki yang Allah limpahkan.. Sampai Ed tak boleh nak terima tempahan rakan-rakan yang dibuat pada pertengahan bulan puasa lepas. Kesian memang kesian tapi apakan daya.. Ed buat semua seorang diri.. kalau dah ada pembantu tu lain cerita la kan? (hehehe insya allah kalau diizinkan pada masa hadapan). Dibawah ni Ed nak cerita pasal kek buah. Ed cuma dapat tempahan untuk empat biji kek buah bersaiz 8'x8' yang berharga RM6o. Di samping tempahan kek lapis serta pelbagai jenis biskut.

Kek buah Ed jual datang dengan dua version.. Satu kek buah kukus dan satu lagi boiled fruit cake. Yang Ed nak cerita sekarang adalah jenis boiled fruit cake sebab Ed dah pernah cerita pada N3 lepas tentang kek buah kukus.

Jom tengok ape yang Ed letak dalam kek buah ni yer.. ?

 Macam biasa, basic ingredients dalam kebanyakan kek iaitu butter, sugar. Yang coklat-coklat tu adalah brown sugar nak bagi nampak kaler kek gelap-gelap sket.. Dalam masa yang sama nak balance kan rasa manis gula dan kandungan buah-buahan campuran kat dalam kek tu nanti...(tak de lah manis sangat kan)



 Ok..bagi tiga-tiga gambar kat atas ni pulak..Ed saje je close up tang mixed fruits.. Yang Ed letak adalah kismis hitam dan kismis kuning, cherries, citrus, a bit apricot, badam, sunflower seeds..

 Dah campur semua.. ni lah hasilnya.. yang ni belum masuk tepung tau? Just campuran mixed fruits, nuts with  butter and sugar only.. Semua kene masak dulu bagi betul-betul masak (that is why i call it boiled fruit cake) :)

 Masuk tepung dan telur time ni..

 After all the ingredients are in... Ready to bake!

Alhamdulillah dah siap tayang kan?hehehee actually kek buah ni ada a bit touch of cinnamon powder.. bagi rasa rempah sket. Ed rasa cinnamon sangat sedap dikombinasikan dengan pelbagai jenis buah-buahan terutamanya citrus.. 

Insya allah boiled fruit cake ni boleh tahan lebih 3 bulan dengan cara penyimpanan yang elok.
Terima kasih kepada sahabat Ed, rosnani yang berkhidmat di Agensi Nuklear Malaysia beserta tiga lagi rakan dari Hospital Kuala Lumpur diatas tempahan anda dengan kek buah yang sedap ni.. (hehe sedap ker?)