Jum FoLLow..

Thursday, 20 September 2012

Kek L@pis Prune

Assalamualaikum..

Petang ni Ed nak cerita pasal kek lapis kat bawah ni tau.. :D

Rehat-rehat di petang hari macam ni dengan menikmati caramel sambil menaip dan mengemaskini blog sungguh menasyikkan.. nyum nyum.. rasa bittersweet caramel sangat sedap!!! hehehe..(nanti Ed update pasal caramel ok?sabar2..)

Berbalik kepada niat asal petang ni.. Ed nak update tentang tempahan yang dibuat dari seorang pakar bedah di Hospital Serdang. Tempahan diterima melalui sepupu Ed yang bekerja di hospital yang sama sebagai Jururawat. Mr. Hirman menempah sebiji kek lapis prune bersaiz 8'x8' dengan berat 1.3kg.

Alhamdulillah berkat Ed menghantar sample ke Hospital berkenaan, ada jugak tempahan yang sangkut. Insya ALLAH tempahantempahan lain akan menyusul. Jugatidak dilupakan kepada Kak Ayu (sepupuku) kerana bermurah hati menolong Ed.. hehhehe

Jom Ed tunjukkan gambar-gambar kek lapis prune yang terlibat ye? Tapi isi dalaman tak dapat nak tunjuk sebab sebijik tak dapat nak potong..kalau potong lari la pulak saiz yang sepatutnya kan?


 Yang ni Ed tunjukkan layer yang ada isi prune.. nama pun lapis prune kena lah ada buah orune kan?kan?kan? hehhee.. nampak sedap



 LApisan prune yang dah masak dan sedia untuk di layer dengan plain batter lagi..bagi nak dapatkan effect lapis yang cantik... browning yang sanagt menyelerakan....

 Ni lah trick nye... lapis semula dengan plain batter.. selepas layer yang ada prune yer?



 Yang ni semua lapisan teratas..merangkap lapisan penyudah untuk kek lapis prune ni.. Yang last layer ni Ed hiaskan dengan setengah biji buah prune.. sebabnya nak bagi nampak buah prune..kalau taj nanti orang tertanya-tanya pulak ape ke benda panjang-panjang tu kan..hehee (tapi dah letak separuh pun ada gak yang tanya buah ape yang Ed letak! kah kah kah)



Tarraaa... dah siap bakar keseluruhan kek lapis ni.. rupa atas macam yang Ed tunjuk kat atas tu yer? nampak lagi glow dengan sedikit sentuhan ceri merah dan hijau...

Alhamdulillah.. Terima kasih sekali lagi untuk Mr. Hirman (Surgeon at Serdang Hospital) di atas tempahan anda.. hehehe harap-harap tempahan lain akan menyusul nanti.. Insya ALLAH. :D


No comments:

Post a Comment