Jum FoLLow..

Tuesday, 18 September 2012

Fruit Cake


Assalamualaikum dan selamat pagi dearies.... :)

Pagi-pagi ni Ed nak cerita pasal kek buah.. Pertaman sekali alhamdulillah Ed panjatkan dengan rezeki yang Allah limpahkan.. Sampai Ed tak boleh nak terima tempahan rakan-rakan yang dibuat pada pertengahan bulan puasa lepas. Kesian memang kesian tapi apakan daya.. Ed buat semua seorang diri.. kalau dah ada pembantu tu lain cerita la kan? (hehehe insya allah kalau diizinkan pada masa hadapan). Dibawah ni Ed nak cerita pasal kek buah. Ed cuma dapat tempahan untuk empat biji kek buah bersaiz 8'x8' yang berharga RM6o. Di samping tempahan kek lapis serta pelbagai jenis biskut.

Kek buah Ed jual datang dengan dua version.. Satu kek buah kukus dan satu lagi boiled fruit cake. Yang Ed nak cerita sekarang adalah jenis boiled fruit cake sebab Ed dah pernah cerita pada N3 lepas tentang kek buah kukus.

Jom tengok ape yang Ed letak dalam kek buah ni yer.. ?

 Macam biasa, basic ingredients dalam kebanyakan kek iaitu butter, sugar. Yang coklat-coklat tu adalah brown sugar nak bagi nampak kaler kek gelap-gelap sket.. Dalam masa yang sama nak balance kan rasa manis gula dan kandungan buah-buahan campuran kat dalam kek tu nanti...(tak de lah manis sangat kan)



 Ok..bagi tiga-tiga gambar kat atas ni pulak..Ed saje je close up tang mixed fruits.. Yang Ed letak adalah kismis hitam dan kismis kuning, cherries, citrus, a bit apricot, badam, sunflower seeds..

 Dah campur semua.. ni lah hasilnya.. yang ni belum masuk tepung tau? Just campuran mixed fruits, nuts with  butter and sugar only.. Semua kene masak dulu bagi betul-betul masak (that is why i call it boiled fruit cake) :)

 Masuk tepung dan telur time ni..

 After all the ingredients are in... Ready to bake!

Alhamdulillah dah siap tayang kan?hehehee actually kek buah ni ada a bit touch of cinnamon powder.. bagi rasa rempah sket. Ed rasa cinnamon sangat sedap dikombinasikan dengan pelbagai jenis buah-buahan terutamanya citrus.. 

Insya allah boiled fruit cake ni boleh tahan lebih 3 bulan dengan cara penyimpanan yang elok.
Terima kasih kepada sahabat Ed, rosnani yang berkhidmat di Agensi Nuklear Malaysia beserta tiga lagi rakan dari Hospital Kuala Lumpur diatas tempahan anda dengan kek buah yang sedap ni.. (hehe sedap ker?)


No comments:

Post a Comment