Jum FoLLow..

Sunday, 2 September 2012

Selamat Hari Raya...

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di atas segala limpahan sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Walaupun menyambut Aidilfitri tanpa suami tercinta di sisi, terima kasih tidak terhingga buat keluarga di Kota Bharu kerana membantu Ed sementara ketiadaan abang tersayang.. Walaupun hati setiap saat teringatkan abang..tetapi alhamdulillah dengan hilai tawa adik-adik dapat mengubati kerinduan Ed.. hehehe tetiba nak emo lak kan...huhuhuhu bukan ape baru sempat nak mengadap laptop dan menaip serba sedikit..

Di kesempatan ini Ed nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Ed sekeluarga buat semua sanak saudara, rakan taulan serta pelanggan-pelanggan Ed yang dihormati. Walaupun ucapan raya Ed ni lambat!(hehehe harap faham... peace!!)

Masa yang amat terhad dengan jadual tempahan yang penuh. Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan. Insya allah berkat doa dan sokongan rakan-rakan serta pelanggan-pelanggan Ed yang sangat budiman, Homemade-deli-treats akan bertahan seama mungkin Insya allah...

N3 malam ni sebenarnya hanya nak 'refresh'.. hehhee nak naikkan kembali mood Ed yang dah lama tak update blog. Dengan kesibukan membaking.. Terpaksa gagahkan jugak jari jemari Ed ni untuk meng update blog.. kalau tak lagi lah bersawang blog yang dah sememangnya bersawang ni kan? hahahha bersawang sebab dah lama sangat tak update. Terlalu sibuk dengan tempahan dalam bulan Ramadhan meleret-leret sampai sekarang.. Sambung pulak dengan open house merata-rata kan..

Insya allah esok Ed nak update open house di rumah Ed semalam la pulak..hahhaaha walaupun tak banyak gambar tetamu yang sempat di snap..yang penting gambar treats dari air tangan sendiri mesti ada! huhuhu nantikan ok?

Selamatmalam semua.... :)


No comments:

Post a Comment