Jum FoLLow..

Saturday, 14 July 2012

Green Balls Cookies

Salam semua.. Bersiaran di petang Sabtu yang sungguh panas. Ed merancang untuk duduk kat rumah je hari ni walaupun tiada sebarang treats untuk semalam dan hari ni.. huhuhu terpaksa merehatkan diri kerana masalah kesihatan. Lebih-lebih lagi mr. hubby lak keje hari ni, lagi lah tak nak keluar. So, Ed just nak masukkan entry hari raya je sebelum Ed baking kek lapis for this whole week before first Ramadhan.

Petang ni Ed nak masukkan n3 Green Balls Cookies. Cookies ni Ed baru buka untuk tempahan tahun ni. Tahun sebelumnya Ed tak buat pun cookies ni. hehhee tak de sebab-sebab tertentu cuma nya baru terasa nak open sale..

Meh Ed cerita serba sedikit pasal kukis ni. Actually cookies ni simple je. Bila makan akan rasa macam biskut arab gitu. Tapi yang ni Ed gantikan dengan kacang hijau. Sebab tu Ed letak namanya Green sempena warna kacang hijau yang sememangnya green.. Dari segi rasa pulak memang ada rasa kacang hijau then manis-manis sket.. Tapi tak lah terlalu manis cuma manis-manis biskut je. hehhee then untuk senang kan Ed, Ed cuma bentukkan biskut ni bulat-bulat sebabnya susah nak terap disebabkan adunan yang ala-ala biskut arab dan senang berterabur gitu.. Proses nak siapkan biskut ni pun kene cepat sebab nanti adunan kering then lagi la susah nak bentukkan.

Ok.. Ed tak nak cerita panjang, jom kita tengok je macam mana rupa biskut ni ok? Sila-sila la tempah yer? Tempahan masih lagi dibuka. :)

Pattern ni Ed buat ala-ala nak cuba je.. hehehe yang asalnya memang Ed hias dengan sunflower seed.. kaler hijau jugak sinonim gitu.. Saje je nak try so sah-sah tak sesuai.. Ed just proceed dengan deco asal sahaja iaitu dengan menggunakan sunflower seed kat atas biskut ni...

 Tak naik kan sebab tak de penghias kat atas dia..

 Ni pun sama jugak.. tak berseri sangat.. Yang jadi seri tu sebab ada kuning telur je kat atas.. hehhehe 


 Yang ni diaorang-diaorang semua yang dah siap di bakar. Dah berbau harum dan ersedia untuk menjadi santapan anakanda ku Adam! huh....


Failed with this kind of decoration! Rejected.. hehhehe just ignore this pictures ok? Then give your full view on the pictures below.. the right images of them...




Close up... Rupa sebenar Green Balls Cookies.. :) Sangat cantik warna yang menarik.. harap-harap kawan-kawan akan tergoda dan sekali gus akan menempah ok? hahhahhaha..

Kepada rakan-rakan yang budiman, Ed dengan berbesar hatinya membuka tempahan untuk treats terbaru di Homemade-deli-treats ini iaitu Green Balls Cookies sempena menyambut Hari Raya yang akan menjelang tidak lama lagi.  Sila rujuk ruang kiri blog untuk senarai treats beserta harga masing-masing. Sekian terima kasih...

Daaaaaaaaaaaaaa.............


No comments:

Post a Comment